Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » “Nenek Suka Sangat Makan Laksam Kamu Ni”, Wanita Ini Kongsi Resepi Laksam Lemak Sukatan Cawan Kegemaran Neneknya

“Nenek Suka Sangat Makan Laksam Kamu Ni”, Wanita Ini Kongsi Resepi Laksam Lemak Sukatan Cawan Kegemaran Neneknya

Kategori:
resepi laksam lemak kelantan

Laksam lemak merupakan makanan yang diperbuat daripada gandum dan tepung beras lalu dimakan bersama dengan kuah bersantan dan beberapa ulaman yang lain. Laksam ini berasal daripada Terengganu dan Kelantan. Di terengganu kuah laksamnya kebanyakkan berwarna kuning dan dimakan bersama dengan daging. Manakala di Kelantan kebanyakkannya kuah lemak seperti di bawah ini. Rasanya sangat sedap, lemak-lemak dan ada rasa sedikit cebisan ikan. Memang terbaik.

Nak buat nenek anda sayang dengan anda? Boleh cuba masakkan laksa lemak sukatan cawan mengikut resepi di bawah ini.

“Nenek Suka Sangat Makan Laksam Kamu Ni”, Wanita Ini Kongsi Resepi Laksam Lemak Sukatan Cawan Kegemaran Neneknya

RESEPI KUAH LEMAK:

Bahan-bahan:

  • 6-7 ekor ikan selayang | direbus
  • 3 biji bawang merah | dibakar atas pan
  • 1 ulas bawang putih | dibakar atas pan
  • Sehiris halia | dibakar atas pan

Cara Penyediaan:

  1. Kisar bahan bakar tadi hingga hancur lumat dengan sedikit air. Masukkan dalam periuk.
  2. Kisar lumat pula isi ikan yang diasingkan tulangnya dengan air. Sukatan air menutupi paras isi ikan.
  3. Satukan isi ikan kisar dalam periuk bawang tadi.
  4. Untuk mendapatkan rasa manis tersendiri, kisar juga tulang ikan rebus tadi. Tapiskan sebelum dituang dalam periuk.
  5. Masukkan santan pekat sebanyak 2 cawan.
  6. Tambahkan dengan 1 cawan air. Kacau rata.
  7. Masukkan 1/2 sudu kecil lada hitam, 1/2 sudu kecil lada sulah, 3/4 sudu besar garam dan 1 1/2 sudu besar gula( garam gula boleh masukkan sikit-sikit, ikut ketetapan rasa masing-masing).
  8. Letakkan periuk atas dapur. Gunakan api perlahan sahaja. Mak cikgu selalu pesan, nak buat kuah laksa lemak ni kena selalu kacau kuah. Barulah dapat kuah cantik licin.
  9. Masukkan sekeping asam. Kacau selang seli 3 minit dalam api perlahan.
  10. Keluarkan asam selepas kuah mula mendidih untuk mengelakkan rasa terlebih masam.
  11. Masukkan 1/4 sudu kecil kerisik. Kacau sebati dengan kuah.
  12. Tutup api selepas kuah sudah mendidih sempurna. Kacau sesekali kuah selepas api ditutup. Siap!

RESEPI LAKSAM:

Bahan-bahan:

  • 3 cawan tepung beras
  • 1/2 cawan tepung gandum
  • 5 cawan air ( 3 cawan air panas+ 2 cawan air biasa)
  • 1/2 sudu kecil garam

( Adunan ni dapat dalam 10 batang laksam)

Cara Penyediaan:

  1. Satukan kesemua bahan, kacau sehingga adunan tak berketul. Lepas kacau,Tapis adunan.
  2. Panaskan pengukus. Letakkan tudung periuk didalam kukusan beserta dgn sedikit minyak masak (Tapi tia guna pinggan ikea shja sebab tak ada tudung periuk).
  3. Lepastu masukkan 2 senduk bancuhan ke atas tudung periuk tadi dan kukus sehingga masak.
  4. Adunan masak dalam 2-3 minit. Angkat dan biarkan seketika, baru gulung.
  5. Ulang langkah sehingga adunan habis. Siap

RESEPI SAMBAL CILI KERING:

Bahan-bahan:

  • 8 tangkai lada kering besar ( direbus dan dibuang biji terlebih dahulu) cili kering ni tak pedas.
  • 4 tangkai cili padi merah + 2 tangkai cili padi hijau
  • 1 1/2sudu besar gula
  • 3/4 sudu besar garam ( atau masukkan sikit-sikit)
  • 2 sudu besar cuka
  • 4 sudu besar air masak kosong

Cara Penyediaan:

  1. Kisar semua bahan di atas hingga lumat dan sedia untuk dimakan.

PILIHAN ULAMAN:

  • Taugeh
  • Bunga kantan
  • Kacang panjang
  • Daun kengsum
  • Pucuk daun samok/ serai kayu
  • Timun batang( Tips timun rangup tahan lebih lama: selepas dihiris nipis memanjang, rendamkan 15 minit dalam air gandum, toskan sehingga kering selepas dilalukan air seketika)

SELAMAT MENCUBA!

Kredit: Afy AL Habibi & Tia Rizz

tags: |