Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » “Sedapnya…” Wanita Ini Puji Masakan Somtam Original Thailand Ini, Aroi Ching-Ching! Memang Tak Cukup Semangkuk.

“Sedapnya…” Wanita Ini Puji Masakan Somtam Original Thailand Ini, Aroi Ching-Ching! Memang Tak Cukup Semangkuk.

Kategori:
resepi somtam thai

Somtam merupakan makanan yang berasal daripada Thailand. Semua sudah sedia maklum bahawa makanan yang berasal daripada Thailand memang sedap. Tengok sahaja di restoran yang ada di Malaysia ini. Kebanyakannya tukang masak yang mereka upah adalah berasal daripada Thailand. Dan sekiranya kalau kita nak cari masakan yang ada rasa masam manis pedas pasti restoran Thai yang kita akan kunjungi kan.

Resepi somtam ini dikongsi oleh seorang wanita di laman facebook. Masakan somtam yang dibuat olehnya ini dipuji oleh orang ramai kerana kesedapannya. Cukup rasa dan yang pasti memang original Thailand sangat rasanya. Aroi ching-ching!

“Sedapnya…” Wanita Ini Puji Masakan Somtam Original Thailand Ini, Aroi Ching-Ching! Memang Tak Cukup Semangkuk.

BAHAN-BAHAN:

  • 1 biji betik muda
  • 1 biji mangga muda
  • 1 batang lobak
  • 4 biji cili padi
  • 6 ulas bawang putih
  • 1 sudu besar udang kering
  • 5 sudu besar gula kabung
  • 4 sudu besar sos ikan
  • 4 sudu besar jus limau nipis
  • 2 biji tomato – dipotong dadu
  • 3 tangkai kacang panjang

CARA PENYEDIAAN:

  1. Tumbuk kasar cili padi , udang kering.
  2. Masukkan bahan yang ditumbuk daka bekas besar berisi bahan yang disagat (mangga,betik,lobak).
  3. Masukkan cuka , jus limau nipis ,kacang panjang dan tomato.
  4. Gaul semua hingga sebati.
  5. Siap untuk dihidangkan.

SELAMAT MENCUBA!

Nota: Resepi Somtam Thai ini sesuai jika dimakan dengan ikan bakar dan untuk rasa yang lebih menyerlah taburkan kacang tanah dan ikan bilis goreng. Dijamin akan memikat selera jika dihadangkan bersama air sirap limau ais.

 

tags: |