Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Sup & stew » Mendapat Perkongsian 26K Di Facebook, Ini Dia Resepi ‘Tomyam Thai Kaw’ Yang Super Mudah Dan Sedap!

Mendapat Perkongsian 26K Di Facebook, Ini Dia Resepi ‘Tomyam Thai Kaw’ Yang Super Mudah Dan Sedap!

Kategori:
Tomyam Thai Kaw

Tomyam merupakan sup berkuah yang berasal daripada Thailand. Ia dihidangkan secara meluas di Malaysia, Indonesia, Singapura dan telah di dipopularkan pada hampir seluruh negara. Tomyam merupakan makanan bersup yang lain daripada sup biasa kerana ia mempunyai rasa pedas dan manis. Lebih-lebih lagi tomyam kaw versi Thai yang original. Memang kuahnya sedap yang amat.

Resepi tomyam Thai kaw daripada Erin February dekat bawah ini telah mendapat perkongsian sebanyak 26K di laman facebook setakat artikel ini di tulis. Cara yang ditunjukkan oleh wanita ini sangatlah mudah. Cara membuatnya juga nampak senang. Jom kita cuba!

Mendapat Perkongsian 26K Di Facebook, Ini Dia Resepi ‘Tomyam Thai Kaw’ Yang Super Mudah Dan Sedap!

BAHAN-BAHAN:

  • Isi ayam
  • Cendawan
  • Lobak
  • Bunga kubis
  • Baby jagung/ jeliat jagung
  • Daun limau purut
  • Tomyam paste (tom yum kung)
  • Air limau instant
  • Serai
  • Bawang holland
  • 4 biji bawang putih
  • 2 batang serai |diketuk

CARA PENYEDIAAN:

  1. Panaskan minyak, tumis bawang holland, bawang putih dan serai.
  2. Apabila dah naik bau, masukkan air dan daun limau purut. Setengah orang letak halia/lengkuas. (ikut suka hati korang).
  3. Kemudian masukkan tomyam paste kesukaan anda. Boleh masukkan 3 sudu senduk tu kalau nak extra kaw.
  4. Kacau rata paste tadi kemudian masukkan ayam.  Kacau lagi.
  5. Akhir sekali masukkn carrot, kubis bunga, baby jagung, cendawan panjang / apa-apa sayur yang anda suka. Masukkan sedikit garam je tau nanti masin pulak & sedikit ajinomoto.
  6. Apabila dah puas hati tutup api dan hidangkan

SELAMAT MENCUBA!

Kredit: Erin February

tags: | |