Brownies merupakan kek yang tidak asing lagi bagi rakyat Malaysia. Walaupun pada mulanya kek brownies ini berasal daripada Amerika Syarikat. Sejak beberapa tahun yang lepas, setelah brownies ini diperkenalkan di Malaysia, ia sangatlah mendapat sambutan. Memandangkan rakyat Malaysia memang menyukai makanan yang manis-manis jadi ia mendapat sambutan daripada semua golongan umur. Selain tu, kek brownies ini juga banyak dijual di kedai-kedai atau oleh individu dan ada juga yang membuatnya sendiri. Anda nak cuba buat sendiri tak?
Ini ada resepi paling senang dan paling sedap yang dikongsi oleh seorang wanita di laman facebook. Memang confirm tak menyesal kalau cuba resepi ini.
“Sedapnya Brownies Ni..” Wanita Ini Kongsi Resepi Brownies Paling Senang, Paling Sedap Dan Memang Menjadi!
BAHAN-BAHAN:
- 400 gm coklat compound ~ Dark/milk Chocolate
- 150 gm butter
- 200 gm gula perang
- 4 biji telur ~ gred A
- 1 sudu kecil esen vanilla
- 100 gm tepung naik sendiri (saya guna tepung gandum campur 1 sk serbuk penaik)
- 30 gm serbuk koko
CARA PENYEDIAAN:
- Satukan coklat masakkan dan butter dan cairkan dengan kaedah double boiler hingga coklat dan butter larut. Gaul rata.
- Dalam bekas yang lain pula, satukan gula , telur dan esen vanila. Gaul rata menggunakan whisk sahaja.
- Satukan juga tepung naik sendiri dan serbuk koko. Kemudian di ayak. Tuangkan adunan telur dan gula ke dalam adunan coklat masakkan dan ratakan.
- Kemudian ayakkan tepung yang bercampur koko tadi kedalam adunan telur, gaul rata.
- Tuangkan adunan ke dalam loyang 10 x 10 inc yang telah di lapik kertas kek.
- Bakar adunan dalam ketuhar yang telah di panaskan 15 minit awal dengan suhu 160 C selama 30 minit mengikut kepanasan suhu ketuhar masing-masing.
- Bila dah masak, tutup oven. Biarkan brownies dalam oven dengan pintu oven di renggangkan sedikit dan biarkan selama 15 minit.
- Bila dah sejuk, bolehlah hias ikut citarasa dan di potong.
- Sedia untuk di nikmati.
SELAMAT MENCUBA!
Kredit: Zulfaza