Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Wanita Ini Kongsi Resepi Rahsia ‘Mee Bandung’ Yang Sedap, Makin Makan Makin Nak Tambah Lagi

Wanita Ini Kongsi Resepi Rahsia ‘Mee Bandung’ Yang Sedap, Makin Makan Makin Nak Tambah Lagi

Kategori: ,
Resepi Rahsia Mee Bandung

Resepi mee bandung yang sedap dan tampak menggoda ini dikongsi oleh seorang wanita di laman facebook MAHN. Menurutnya apabila makan mee bandung ini memang tak boleh berhenti sebab rasanya terlampau sedap. Nak menyediakannya juga cukup mudah asalkan bahan yang hendak digunakan cukup lengkap. Asal mee bandung ini sebenarnya daripada Muar, Johor dan merupakan makanan berupa sup yang sangat terkenal di Malaysia. Nak tahu cara sedap membuatnya? Anda boleh rujuk resepi rahsia di bawah ini.

Wanita Ini Kongsi Resepi Rahsia ‘Mee Bandung’ Yang Sedap, Makin Makan Makin Nak Tambah Lagi

BAHAN-BAHAN:

Bahan Untuk Pes:

  • Udang kering yang direbus dulu
  • Air rebusan udang kering
  • Cili kering
  • Bawang merah
  • Bawang putih
  • Gula
  • Garam
  • Sedikit biskut Marrie.
  • Di blendkan kesemua bahan diatas dan tumiskan masak untuk di jadikan pes ye.

Bahan Untuk Kuah:

  • Daging/ tulang daging
  • Udang hidup
  • Fish ball
  • Fish cake
  • Sayur sawi
  • Telur
  • Ubi kentang -pekatkan kuah

CARA PENYEDIAAN:

  1. Rebuskan tulang daging/ daging bagi empuk dahulu dan air rebusan tu kan jangan di buang sebab nak buat stok kuah nanti.
  2. Panaskan minyak dan masukkan bahan bahan yang kita dah buat pes tadi ye.
  3. Biarkan seketika sehingga tumis pecah minyak dan selepas tu masukkan tulang daging/ daging yang kita dah rebuskan tadi.
  4. Biar seketika bagi mesra selepas tu masukkan kesemua stok air daging tadi dan sedikit air.
  5. Biarkan semesra daging tersebut dan masukkan kentang yang dah dikisar ke dalam kuah tapi sebelum tu kentang tu di goreng dulu dan baru lah di kisarkan ye.
  6. Masukkan udang, fish cake, fish ball dan pecahkan telur dalam kuah tu ye.
  7. Biar seketika masak dan akhir sekali masukkan sawi.
  8. Angkat siap dihidangkan bersama mee dan bawang goreng.

SELAMAT MENCUBA!

Kredit resepi: Zana Mokhtar Via MAHN

Kredit gambar: Resepi bonda

tags: |