Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Resepi Pengat Pisang Dengan Sagu. Pencuci Mulut Yang Klasik, Simple Dan Sedap. 30 Minit Dah Boleh Siap!

Resepi Pengat Pisang Dengan Sagu. Pencuci Mulut Yang Klasik, Simple Dan Sedap. 30 Minit Dah Boleh Siap!

Kategori:
resepi pengat pisang

Pengat pisang merupakan hidangan klasik yang simple dan sedap. Lagi sedap apabila kita menggunakan pisang tanduk. Kerana pisang tanduk ini rasanya sedap dan ada rasa masam. Jadi apabila dibuat pengat, memang terbaik rasanya. Ia merangkumi semua rasa kerana isi pisang tanduk yang berkanji, kenyal dan tidak hancur apabila dibuat pengat.

Bahan yang digunakan pula adalah bahan yang mudah untuk dicari dan jumpa. Jadi kalau tiba-tiba ada tetamu nak datang rumah, boleh lah hidangkan pengat pisang tanduk ni. 30 minit sahaja dah siap semua!

Cara Buat Pengat Pisang Yang Mudah, Sedap & Menyelerakan!

BAHAN-BAHAN:

  • 1 biji pisang tanduk
  • 250 ml  santan
  • 1 -2 keping gula melaka
  • 1 sudu kecil garam bukit
  • 5 sudu besar biji sagu
  • 2 helai daun pandan (kak M lupa nak letak aduiih)
  • Air secukupnya

CARA PENYEDIAAN:

  1. Rendam biji sagu hingga kembang. Lebih kurang dalam 15 minit.
  2. Buang kulit pisang tanduk dan hiris setebal 1-2 cm.
  3. Basuh dan masukkan ke dalam periuk. Masak pisang dengan air, santan, gula melaka, daun pandan dan garam secukup rasa atas api yang perlahan.
  4. Sentiasa kacau dengan perlahan supaya santan tak berketul.
  5. Bila dah mendidih, masukkan biji sagu yang kita dah rendam tadi dan garam. Kacau lagi.
  6. Masak lagi hingga biji sagu menjadi jernih dan pisang lembut elok.
  7. Kalau kuah terlebih pekat, boleh tambah air panas ya sebab bila dah sejuk kuah akan jadi lebih pekat.
  8. Sesuaikan rasa dan bolehlah tutup api.

Tips:

  • Sagu boleh jugak masukkan dengan masak dia dulu. Dengan cara ni, kita boleh agak kepekatan kuah pengat.
  • Caranya ialah sagu dimasak sehingga menjadi jernih. Angkat dan tuang ke dalam bekas penapis. Lalukan bawah air paip dan kacau rata untuk buang kanjinya. Tinggal biji sagu sahaja.
  • Kalau ada banyak masa boleh buat method ni. Kalau nak cepat ikut aje cara kat atas.

Mudah sahaja kan nak buat Pengat Pisang ni? Lebih-lebih lagi kalau makan pada musim hujan atau musim sejuk, memang padu teruk tau. Jadi tunggu apa lagi tu, jom kita cuba buat sekarang!

SELAMAT MENCUBA!

Kredit: Marina Ismail 

Baca juga: Kalau Balik Kampung Tak Sah Kalau Tak Buat Pengat Dan Sira Pisang Kan? Ini Resepi Mudahnya, Kat Bandar Pun Boleh Buat

tags: |