MyNews Holdings Bhd kini sedang merancang untuk membawa jenama kedai serbaneka popular di Korea Selatan iaitu CU ke pasaran Malaysia. Pengendali kedai serbaneka itu mengumumkan bahawa anak syarikat milik penuhnya, MYCU Retail Sdn Bhd telah menandatangani perjanjian selama 10 tahun bersama BFC Retail yang merupakan pemilik jenama kedai serbaneka itu.
CU memiliki lebih 15, 000 kedai di Korea Selatan dan dijangka pembukaan di Malaysia akan meningkatkan lagi angka francais jenama tersebut. Menurut Pengawai Eksekutif MyNews (CE0), Dang Tai Luk, syarikat itu akan membuka 500 CU Store dalam tempoh lima tahun dan dijangka premis pertama di Malaysia akan dibuka pada awal tahun 2021.