Ayam masak kicap, bukan ayam yang di masukkan kicap semata-mata. Tetapi bahan-bahan lain seperti bawang, cili kisar dan rempah memainkan peranan. Ayam masak kicap ini sangat sedap jika kena dengan caranya. Walaupun menu ini tampak simple ianya sangat menyelerakan. Ayam masam kicap versi ini mampu membuat ramai orang jatuh cinta. Jadi korang kena cuba masak dengan menggunakan resepi di bawah ini.
Ayam Masak Kicap Terbaik! Menu Simple Tapi Mampu Membuat Ramai Orang Jatuh Cinta, Ini Resepinya..
BAHAN-BAHAN :
- 1/2 ekor ayam gaul dgn garam n kunyit (goreng)
- 1 biji Bwg merah (hiris)
- 2 ulas Bwg putih (ketuk)
- Halia (hiris)
- tumbuk @ blend 1 bwg merah, 1 biji bwg putih & halia..
- 1 senduk cili kisar
- 1 sudu rempah kari daging (optional)
- 2 sudu sos cili
- 1 sudu sos tiram
- 2 sudu sos abc
- 1 sudu kicap pekat
- 4 sudu kicap lemak manis
- 1/2 cwn air (if nk berkuah letak lebih skit)
- 1 btg Kayu manis
- 2 Bunga cengkih
- 1 bunga lawang
- 1 btg serai (ketuk)
- Bwg besar potong bulat
- Ubi kentang (goreng dulu)
- Cili padi
- Daun sup & daun bwg
CARA PENYEDIAAN:
- Tumis bwg merah, bwg putih, halia & serai hingga kekuningan.
- Masukkn bawang dan halia yang ditumbuk hingga bau wangi. Masuk cili kisar & rempah dan masak hingga pecah myk. Masukkan sos cili, sos tiram, kicap abc, kicap pekat & kicap lemak manis.
- Kacau-kacau. Mase ni boleh masukkan bawang besar potong bulat.
- Kemudiaan masukkan pula ayam goreng dan gaul sebati.
- Nampak pekat sangat masukkan air.
- Apabila dah masak boleh taburkan cili padi, daun sup dan daun bawang.
- Siap untuk dihidangkan!
Nota: Tak perlu letak bahan perasa sebab kicap dan sos dah cukup manis dan masin.
SELAMAT MENCUBA!
Kredit : Mami Mirza