Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Anak-Anak Susah Makan? Jom Buat ‘Roti Telur Cheese’ Ini, Confirm Berselera Anak Makan!

Anak-Anak Susah Makan? Jom Buat ‘Roti Telur Cheese’ Ini, Confirm Berselera Anak Makan!

Kategori:
resepi roti telur cheese

Anak-anak anda susah nak makan? Memang ada sesetengah anak-anak kecil terlalu susah nak makan. Hanya sekadar minum susu sahaja. Para ibu pula yang rasa susah hati anak tak nak makan, dah cuba masak macam-macam. Goreng nasi tak makan, buat nasi air tak makan. Buat roti telur biasa pun tak makan. Tapi apa kata kali ini anda cuba masak roti telur cheese ni pula. Simple dan sedap. Nak sediakannya juga cukup mudah. Pasti rupa dan aroma roti telur cheese ini bakal menaikkan selera anak anda.

Anak-Anak Susah Makan? Jom Buat ‘Roti Telur Cheese’ Yang Menarik Dan Menyelerakan Ini, Memang Bersungguh Anak Makan!

BAHAN-BAHAN:

  • 1 keping roti putih
  • 1 sudu kecil mayonis
  • 2 biji telur
  • 1 sudu kecil mentega
  • 1 keping keju
  •  Lada hitam secukupnya

CARA PENYEDIAAN:

  1. Sapukan mayonis ke atas roti.
  2. Potong roti kepada separuh.
  3. Pukul telur sehingga kembang.
  4. Dalam kuali yang telah dipanaskan, cairkan mentega.
  5. Masukkan telur dan masakkan seketika. Masukkan roti (bahagian yang disapu mayonis dihadapkan ke atas.)
  6. Menggunakan pinggan, terbalikkan roti telur. Lipatkan telur dengan kemas.
  7. Letakkan keju ke atas roti telur dan taburkan lada hitam secukupnya.
  8. Gorengkan roti telur sehingga keperangan.
  9. Roti telur cheese sudahpun siap untuk dihidangkan. 

SELAMAT MENCUBA!

Kredit: Seismik Makan

Baca juga: Roti Garlic Yang Bikin Ketagih Pekena Pula Dengan Mushroom Soup, Memang Umphh!

 

tags: | |