Ikan siakap merupakan ikan air tawar dan juga air masin. Kebiasaanya ikan siakap ini memang sedap dibuat 3 rasa. Ikannya digoreng garing dan dicurahkan tumisan sos 3 rasa, memang akan membangkitkan selera. Nak sediakan hidangan ikan siakap 3 rasa ini bukan susah sangat pun, hanya perlu tahu langkah yang betul sahaja. Dan ini ada resepi ikan siakap 3 rasa yang dikongsi oleh seorang wanita di laman facebook.
“Tak Pernah Lagi Rasa Ikan Siakap Sedap Macam Ni”, Masakan Ikan Siakap 3 Rasa Wanita Ini Di Puji. Ini Resepinya..
BAHAN-BAHAN:
- Ikan siakap
- Nenas |dipotong dadu
- Bawang merah besar 1 biji | dipotong dadu
- Tomato 1 biji |dipotong dadu
- Cili padi |diracik bulat-bulat halus
- 2 sdb cili kering kisar
- 2sdb sos tiram
- 3-4 sdb sos cili
- 1 mangkuk/ 200ml air
- 2sb tepung jagung |goreng garing
Bahan Kisar:
- 2 biji bawang besar
- 4 ulas bawang putih
- Seinci halia
CARA PENYEDIAAN:
- Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sehingga naik bau dan sedikit pecah minyak.
- Masukkan cili kering kisar dan kacau lagi sampai pecah minyak.
- Masukkan sos tiram, sos cili dan kacau-kacau.
- Tambahkan pula air. Kemudian masukkan cili potong dan bawang merah potong.
- Masukkan nenas, tomato, garam, gula dan serbuk penaik.
- Kacau sebati dan tutup api ketepikan.
- Ikan siakap yang sudah di basuh dilumurkan garam dan 2 sdb tepung jagung. Lalu goreng sehingga garing.
- Apabila dah siap goreng, masukkan dalam pinggan dan tuangkan sos 3 rasa yang kita masak tadi.
- Siap untuk dihidangkan.
SELAMAT MENCUBA!
Kredit: Anita Sahara
Baca juga: Resepi Ikan Siakap Masak Tomyam, Memang Sedap Yang Amat Semakin Berselera Makan