Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Jom Cuba Buat Sendiri Ayam Goreng Korea Pedas, Sekali Buat Dapat Sekuali!

Jom Cuba Buat Sendiri Ayam Goreng Korea Pedas, Sekali Buat Dapat Sekuali!

Kategori:
Ayam Goreng Korea Pedas

Setiap kali beli ayam goreng korea pedas di kedai, tak puas bila makan sebab harganya boleh tahan mahal untuk beberapa ketul ayam. Apa kata jom cuba buat sendiri kat rumah, tak susah pun. Sekali buat boleh dapat sekuali, baru puas hati dapat makan. Selamat mencuba!

Jom Cuba Buat Sendiri Ayam Goreng Korea Pedas, Sekali Buat Dapat Sekuali!

Bahan perapan ayam:

  • 10 ketul ayam bahagian wing
  • 7 ulas bawang putih *
  • 2 inci halia *
  • 1 sudu serbuk lada hitam
  • 1 sudu gula
  • Secubit garam

Cara perapan ayam:

  1. Tumbuk bahan bertanda (*) sehingga halus, tumbuk satu demi satu sampai halus. Lumur bahan tumbuk dan bahan lain pada ayam dan perap selama 30 minit.

Bahan menggoreng:

  • ½ cawan tepung gandum
  • ½ cawan tepung jagung

Cara menggoreng:

  1. Masukkan ayam yang diperap tadi ke dalam campuran tepung dan goreng sehingga keperangan.

Bahan sos:

  • 5 ulas bwang putih (tumbuk halus)
  • 3 senduk cili kisar
  • 2 biji cili padi merah (tumbuk halus)
  • 2 ketul kecil gula gerek
  • 7 sudu besar sos cili
  • 2 sudu besar sos tomato
  • 2 sudu madu
  • 1 sudu jus lemon @ cuka
  • Garam secukupnya

Cara buat sos:

  1. Tumis bawang putih sehingga perang. Kemudian masukkan cili kisar dan cili padi merah masak hingga garing.
  2. Masukkan pula sos cili, sos tomato, gula kabung dan madu. Biarkan seketika.
  3. Kemudian masukkan jus lemon atau cuka, kacau sebati. Masukkan juga secukit garam.
  4. Akhir sekali, masukkan ayam yang telah digoreng tadi dan gaul rata.
  5. Taburkan bijan ke atas ayam.

Selamat mencuba!

Kredit: Cik Puan Juelieta

tags: