Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Ibu Ini Kongsi Cara Buat Jem Coklat Yang Menjadi, Lembut Berkrim Dan Penuh Rasa Kekacang! Sangat Puas Hati

Ibu Ini Kongsi Cara Buat Jem Coklat Yang Menjadi, Lembut Berkrim Dan Penuh Rasa Kekacang! Sangat Puas Hati

Kategori:
resepi mudah jem coklat

Jem coklat merupakan antara makanan yang sangat digemari oleh anak-anak kecil. Begitu juga dengan golongan dewasa. Kebiasaanya jem coklat ini akan dimakan bersama dengan roti. Tetapi apa yang membimbangkan ibu bapa adalah apabila melihat kandungan dalam jem coklat yang dijual di pasaran. Kandungan gula dalam jem yang dijual di pasaran adalah agak tinggi.

Sekiranya kita buat sendiri, kita boleh kawal bahan dan gula. Jadi ianya lebih terjamin untuk dimakan oleh anak-anak kecil kita. Rasanya juga sangat sedap, lembut berkrim dan penuh dengan rasa kekacang. Memang puas hati kalau buat sendiri!

Ibu Ini Kongsi Cara Buat Jem Coklat Yang Menjadi, Lembut Berkrim Dan Penuh Rasa Kekacang! Sangat Puas Hati

BAHAN-BAHAN:

  • 250gm kacang hazel dipanggang
  • 2sudu besar serbuk koko asli (non alkalize)
  • 4sudu Gula kelapa organik (boleh guna ocrs juga tau)
  • Optional- jika mahu, tambah 1sudu besar madu asli
  • 2sudu Pure Unsalted butter
  • Atau boleh ganti minyak masak sawit
  • (guna minyak kelapa tanak pun sedap sebab lemak kelapanya)
  • 1/2 cawan air (jika adunan terlalu likat pekat, semasa step akhir tambahkan sikit air)
  • Vanilla (kami tak letak)
  • Secubit garam Himalaya

CARA PENYEDIAAN:

  1. Kacang hazel yang kita dah panggang tadi, kita kisar sampai terbit minyak (nampak berminyak-greasy). Jangan sampai kental tau.
  2. Ini adalah tips untuk dapatkan tekstur yang lawa. Masak bersama air, serbuk koko, gula hingga mendidih.
  3. Masukkan butter /minyak.
  4. Kacau cara kaupkan adunan sampai memekat.
  5. Masukan garam. Gaul sebati.
  6. Biarkan ia sebentar di suhu bilik sebelum dimasukkan dalam bekas.

Tips yang ibu baca di internet

  • Untuk disimpan dalam peti ais supaya ia tahan lama, bekukan terus. Tiga hari sebelum mahu diguna, baru tukar dari peti beku ke bahagian peti ais biasa.
  • Kacang panggang sebelum dikisar, masukkan dalam peti sejuk bahagian bawah untuk setengah jam (30 minit).

SELAMAT MENCUBA!

Kredit: Intan Nornie Sheika Via MAHN

Baca juga: Cara Buat Kek Coklat Moist Versi Bakar Yang Cantik, Menarik Dan Sememangnya Teramat Sedap

tags: |