Setiap kali beli roti, mesti tidak habis. Tarikh tamat tempoh sudah dekat, kalau tak dibuat ‘sesuatu’ dengan roti itu memang dibiar sampai berkulat lah jawapannya.
Seorang wanita berkongsikan cara supaya roti tidak membazir begitu sahaja. Rupanya boleh buat cekodok guna roti gardenia, baru tak membazir. Rasanya juga lebih rangup dan sedap! Selamat mencuba.
Cara Buat Cekodok Guna Roti Gardenia, Lagi Rangup & Sedap! Rugi Kalau Tak Cuba
Bahan-bahan:
- 12 keping roti kosong gardenia
- 1 biji bawang besar – dicincang
- 2 cili merah – dicincang
- Sedikit daun sup/bawang – dihiris halus
- 2 biji telur
- 1 sdt serbuk lada putih
- 1 sdt maggie cukup rasa
- Garam secukup rasa
Boleh tambah udang, ikan bilis, kentang, karot dan lain-lain jika suka.
Cara-cara:
- Roti digunting menjadi kepingan kecil.
- Satukan semua bahan.
- Panaskan minyak.
- Bulat-bulatkan adunan dan goreng di dalam minyak panas tadi.
- Goreng sehingga keemasan.
- Sedia dimakan bersama sos.
Kredit: Mas Cotek