Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Cara Buat Ikan Rebus Air Asam ‘Viral’, Confirm Habis Licin Satu Pinggan!

Cara Buat Ikan Rebus Air Asam ‘Viral’, Confirm Habis Licin Satu Pinggan!

Kategori:
ikan rebus air asam

Kalau makan ikan rebus itu sendiri pun dah cukup sedap, inikan pula jika dibuat air asam. Memang lagi berganda-ganda sedap! Buat anda yang mahu mencuba, boleh ikuti resepi lengkap ikan rebus air asam di bawah.

Cara Buat Ikan Rebus Air Asam ‘Viral’, Confirm Habis Licin Satu Pinggan!

Bahan-bahan:

  • Ikan selayang
  • Asam keping
  • Garam
  • Bawang besar 1 biji
  • Bawang putih bakar (ketuk dalam 3 ke 4 ulas)
  • Air asam jawa setengah mangkuk
  • Belacan bakar
  • Cili (kuantiti atas tahap kepedasan yang diingini)
  • Tomato (dihiris)
  • Garam
  • Gula

Cara-cara:

  1. Rebus ikan bersama asam keping dan garam.
  2. Satukan semua bahan dalam satu bekas kecuali asam jawa, toamto dan ikan.
  3. Masukkan sedikit dulu air asam jawa, kemudian picit cili, belacan dan bahan-bahan lain. (guna sudu, nanti tangan panas).
  4. Masukkan air asam jawa, tomato dan gaul rata.
  5. Tuangkan ke atas ikan yang dah direbus.

Siap, selamat mencuba!

Kredit: Akma Abdullah

 

Baca juga: Cara Buat Telur Rebus Air Asam ‘Viral’ Yang Super Lazat! Habis Licin Satu Mangkuk

tags: