Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Siapa Pernah Rasa ‘Biskut Denmark’ Yang Terlampau Sedap Ni? Ini Resepinya.. Buat Jangan Tak Buat Ye!

Siapa Pernah Rasa ‘Biskut Denmark’ Yang Terlampau Sedap Ni? Ini Resepinya.. Buat Jangan Tak Buat Ye!

Kategori: ,
resepi biskut denmark

Biskut denmark merupakan biskut yang sangat digemari orang ramai kerana rasanya yang sedap, lembut dan penuh bercoklat. Sesetengah orang memanggil biskut ini dengan gelaran biskut toyol. Cara nak menyediakannya juga cukup mudah. Walaupun bahan yang digunakan untuk membuat biskut denmark ini sedikit mahal tapi ianya berbaloi kerana kesedapannya yang luar biasa.

Ini Dia Cara Buat ‘Biskut Denmark’ Yang Sedap

BAHAN-BAHAN:

  • 250 gram anchor salted butter
  • 1/2 sdt esen vanilla
  • 350 gram tepung gandum
  • 4sdb tepung jagung
  • 3sdb gula aising -diayak
  • 2 biji kuning telur
  • Kacang tanah untuk salutan
  • Beryls choc compound secukupnya

CARA PENYEDIAAN:

  1. Mix butter, icing sugar dengan egg yolk sehingga sebati.
  2. Kemudian masukkan esen vanilla dan tepung jagung. Gaul sebati.
  3. Kemudian masukkan tepung gandum sikit-sikit.
  4. Uli sampai jadi doh yang tak melekat di tangan.
  5. Bulatkan doh dan bakar suhu 180C selama 15 minit.
  6. Apabila dah sejuk boleh celup dalam coklat dan golekkan dalam kacang tanah.
  7. Siap untuk dimakan.

Nota: 

  • Saya guna kacang tanah yang kasar tu. Bukan badam.
  • 1 adunan dapat lebih kurang 180 biji
  • 700g kacang yanah untuk salut 180 biji biskut
  • 400g coklat untuk salut semua biskut
  • Kalau tak mahu guna anchor, ikut suka hatilah nak guna apa pun.

SELAMAT MENCUBA!

Kredit: Elly Sara

Baca juga: Resepi Biskut Coklat Sukatan Cawan Sangat Sedap, Laku keras

tags: | |