Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Nasi Minyak Hujan Panas Simple. Lengkap Bersama Resepi Kari Dalca Telur & Ayam Masak Merah

Nasi Minyak Hujan Panas Simple. Lengkap Bersama Resepi Kari Dalca Telur & Ayam Masak Merah

Kategori:
Nasi Minyak Hujan Panas Simple

Tak tahu masak apa untuk tengahari nanti? Apa kata jom masak nasi minyak hujan panas simple ini. Resepi lengkap bersama ayam masak merah dan dalca telur. Digandingkan bersama papadom memang lagi umphh! Ikuti resepi perkongsian oleh Hidayati Hana di bawah.

Resepi Nasi Minyak Hujan Panas Simple

Bahan-bahan:

  • 3 cawan beras basmathi
  • 1 biji bawang besar
  • 5 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • Rempah 3 sekawan – kulit kayu manis, 1 biji bunga lawang, 2 biji pelaga
  • 2 sdb mentega/ minyak sapi
  • 1 kiub pati ayam
  • 1/2 cwn susu cair
  • 2 helai daun pandan
  • Pewarna ( hijau, merah, kuning )
  • Kismis
  • Bawang goreng

Cara-cara:

  1. Beras direndam dulu lebih kurang 30 minit dan toskan airnya.
  2. Panaskan mentaga, tumis bawang dan halia yang telah dikisar.
  3. Masukkan 3 sekawan dan daun pandan.
  4. Bila bawang dah garing, masukkan susu cair, air, kiub pati ayam dan garam.
  5. Tuangkan dalam periuk nasi.
  6. Biarkan nasi masak, titikkan pewarna. bila nasi dah kering.
  7. Biarkan 5 minit baru gembur-gemburkan nasi menggunakan garfu supaya nasi tak patah.
  8. Taburkan kismis dan bawang goreng.
  9. Siap!

Resepi Ayam Masak Merah

Bahan-bahan:

  • 1/2 ekor ayam
  • 2 cawan cili kisar
  • 1 biji bawang besar*
  • 4 ulas bawang putih*
  • 1 inci halia*
  • 4 ulas bawang merah (dihiris halus)
  • Rempah 3 sekawan (kulit kayu manis, pelaga , bunga lawang)
  • 2 sdb sos cili
  • 1 sdb sos tiram
  • 1 sdb sos tomato
  • 1 cwn air
  • Garam dan gula secukupnya
  • Hiasan- daun bwg/daun ketumbar

(*) Bahan kisar

Cara-cara:

  1. Ayam digaul dengan serbuk kunyit dan garam. Goreng sehingga masak.
  2. Guna minyak goreng ayam tadi, goreng bawang merah yang dah dihiris dan angkat. Ketepikan.
  3. Tumiskan bahan kisar dan rempah 3 sekawan. Bila dah naik bau, masukkan cili kisar. Tumis sehingga cili garing.
  4. Masukkan sos cili, sos tomato dan sos tiram.
  5. Masukkan air. Perasakan dengan garam dan gula.
  6. Bila dah mendidih, masukkan ayam dan biarkan seketika.
  7. Taburkan bawang goreng tadi dan tutup api.
  8. Hiaskan dengan daun ketumbar/daun bawang.

Resepi Kari Dalca Telur

Bahan-bahan:

  • 5 biji telur – direbus
  • 2 biji kentang
  • 1 biji lobak merah
  • 1 biji tomato
  • 1 biji terung
  • 1/2 cawan kcg dal (rendam lebih kurang 2-3 jam)
  • 1/2 kotak santan
  • 2 sdb rempah kari
  • Minyak
  • Gula dn garam
  • Air secukupnya

Bahan tumis:

  • 1 tangkai daun kari
  • 5 biji bwg merah (hiris halus)
  • 3 ulas bwg putih (hiris halus)
  • 1/2 inci halia (hiris halus)

Cara-cara:

  1. Masukkan bahan tumis dan tumis sehingga naik bau.
  2. Masukkan rempah kari dan sedikit air.
  3. Masukkan rempah kari dan masak hingga naik minyak.
  4. Masukkan kacang dal, ubi kentang, karot dan terung.
  5. Kemudian, masukkan santan. Biarkan sehingga mendidih.
  6. Perasakan dengan garam dan gula.
  7. Kalau nak kuah banyak, letakkan sedikit lagi air.
  8. Akhir sekali, masukkan telur rebus.
  9. Biarkan kuah masak sehingga sedikit pekat.
  10. Masukkan cili merah/cili hijau dan kacang panjang jika suka.
  11. Siap.

Selamat mencuba!

tags: