Kalau makan shellout di kedai, boleh tahan mahal juga harganya. Kalau makan ramai, boleh cecah RM100 lebih. Seorang pengguna laman sosial Facebook, Raja Amanina berkongsikan cara buat sendiri shellout di rumah dengan bermodalkan hanya RM40 untuk 7 orang makan! Jimat habis ni.
Ikuti resepi lengkap di bawah. Siap ada dua kuah iaitu kuah manis pedas dan buttermilk. Baru puas hati boleh makan banyak-banyak.
Buat Sendiri Shellout Di Rumah, Modal Tak Sampai RM40 Untuk 7 Orang! Siap Ada 2 Jenis Kuah
Bahan seafood:
Cara-cara sediakan seafood:
- Untuk ikan, lumur kunyit dan garam. Goreng hingga garing
- Untuk ketam, kerang, lala & kupang. Cuci bersih, celur/rebus sekejap.
- Untuk udang/sotong/ayam. Satukan tepung gandum, 1 sudu teh serbu kari, sedikit air sejuk, 1 biji telur & sedikit garam. Celupkan udang dan sotong. Goreng hingga garing.
Bahan sayur:
-
Jagung (potong 4)
-
Brokoli
-
Carot
*Cuci bersih dan kukus hingga lembut.
Bahan untuk kuah manis pedas
Cara-cara membuat kuah manis pedas:
- Panaskan minyak dan tumis bahan kisar hingga garing.
- Masukkan serai, serbuk kari, sos tiram, sos cili, sos ikan, kicap&kiub ayam, masak hingga pecah minyak dan tambahkan sedikit air.
- Perasakan dengan gula dan garam.
- Asingkan sedikit kuah untuk tuang atas ikan.
- Masukkan ketam, kerang, lala & kupang yang dah dicelur gaul sebati dan masak sekejap je.
Bahan untuk kuah buttermilk:
Cara-cara membuat kuah celup tepung:
- Cairkan butter dan tumis bawang dan daun kari hingga wangi.
- Masukkan kiub ayam, cili merah hiris, susu cair masak hingga mendidih.
- Masukkan udang/sotong/ayam celup tepung yang dah digoreng perasakan gula garam dan masak hingga pekat.
Kredit: Raja Amanina