Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Mendapat PerKongsian 3.8K Di Facebook, Ini Dia Resepi Kacang Pool Yang Sangat Lazat. Di Makan Bersama Dengan Roti Bakar Memang Terangkat!

Mendapat PerKongsian 3.8K Di Facebook, Ini Dia Resepi Kacang Pool Yang Sangat Lazat. Di Makan Bersama Dengan Roti Bakar Memang Terangkat!

Kategori:
resepi kacang pool

Resepi kacang pool perkongsian Resepi IBU ini mendapat kira-kira 3.8K share di facebook setakat artikel ini ditulis.  Rasanya memang sangat sedap lebih-lebih lagi digandingkan bersama dengan roti bakar. Memang menyangkut habis. Mertua lalu belakang pun tak perasan, sebab terlampau sedap.

Cara nak menyediakan kacang pool ini sangat mudah, anda boleh membeli kacang pool di dalam tin yang dijual dikedai. Rasanya hampir semua kedai ada menjual kacang pool segera ini. Setelah itu, anda boleh rujuk resepi di bawah ini.

Cara Mudah Buat Kacang Pool Yang Sedap & Menyelerakan!

BAHAN-BAHAN:

Bahan Kisar halus:

  • 10 biji bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 300 gram daging lembu dicincang/ daging kisar
  • 2 camca besar rempah kari daging – baba’s
  • 1 tin kacang pool (foul)
  • 1 tin red beans
  • 1 tin kecik baked beans
  • 1 camca besar serbuk ketumbar
  • 1 camca teh lada hitam -ditumbuk halus
  • 2 camca besar minyak sapi
  • Gula dan garam secukupnya
  • Air secukupnya
  • Minyak untuk menumis

Bahan lain:

  • Limau kasturi – belah 2
  • Bawang besar – didadu kecil
  • Cili hijau – dipotong
  • Roti naa – boleh gunakan roti perancis atau sebarang roti
  • Tomato – didadu
  • Minyak sapi dipanaskan hingga cair

CARA PENYEDIAAN:

  1. Cuci bersih daging cincang di bawah air paip tapi sebelumya letakan di dalam tapis kemudian toskan. Remas kacang pool hingga pecah tapi jangan sampai lumat.
  2. Kemudian satukan serbuk ketumbar, rempah kari, dan air 1/3 cawan kemudian kacau rata hingga menjadi pes dan ketepikan.
  3. Panaskan sedikit minyak dalam periuk kemudian masukan minyak sapi dan biarkan sekejap. Kemudian tumis bahan kisar halus tadi hingga naik bau.
  4. Masukan pes rempah dan kacau hingga rata. Gunakan api kecil dan kacau sentiasa hingga naik minyak. Kemudian masukan daging cincang dan masak selama 10 minit.
  5. Masukan 1 liter air (boleh kurangkan sesuai selera) kacau hingga air mendidih. Masukan baked bean, kacang pool, dan kacang merah. Kacau sentiasa dan gunakka api sederhana selama lebih kurang 12 minit.
  6. Akhir sekali, masukan lada hitam tumbuk dan perasakan dengan gula dan garam. Kacau rata dan masak sekejap dan bila sudah masak boleh matikan api.

Cara menghidangkannya

  • Bila hendak menghidangkan, cedok kacang pool secukupnya kedalam mangkuk sesuai kemudian taburkan cili hijau, tomato, dan sedikit bawang besar dan letak sekeping telur mata kerbau. Tuangkan sedikit minyak sapi panas dan perahkan sedikit jus limau kasturi dan hidangkan bersama roti sesuai selera anda.

Mudah sahaja kan nak buat kacang pool ini. Makan pula dengan roti bakar. Sangat sesuai untuk dimakan pada bila-bila masa sahaja. Sama ada untuk sarapan pagi, minum petang mahu pun makan malam. Jadi tunggu apa lagi tu? Ayuh kita cuba sekarang!

SELAMAT MENCUBA!

Kredit: Resepi IBU

Baca juga: Simple Je Nak Buat ‘Kacang Tanah Goreng Berempah’ Ni, Makan Depan TV Krap Krup Krap Memang Asyik Sangat!

tags: |