Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Cara Buat Cucur Manis Stick Yang Mudah, Memang Sedap Makan Panas-Panas! Rangup Di Luar Lembut Di Dalam

Cara Buat Cucur Manis Stick Yang Mudah, Memang Sedap Makan Panas-Panas! Rangup Di Luar Lembut Di Dalam

Kategori:
resepi cucur manis stick

Cucur manis sticks. Ia diperbuat daripada gandum. Ianya sama sahaja dengan cucur manis biasa. Tetapi apa yang membezakannya adalah bentuk dan kerangupannya. Cucur manis dalam bentuk stick ini lebih rangup dan lembut berbanding yang biasanya. Nak menyediakannya juga cukup mudah. Bahan yang digunakan juga adalah bahan yang mudah kita dapati di kedai.

Cara Buat Cucur Manis Stick Yang Mudah, Memang Sedap Makan Panas-Panas! Rangup Di Luar Lembut Di Dalam

BAHAN-BAHAN:

  • 2 cawan tepung gandum
  • 2 cawan air
  • 4 sudu besar gula
  • 1 sudu besar minyak masak
  • 1 sudu kecil garam

CARA PENYEDIAAN:

  1. Didihkan air, gula, minyak dan garam.
  2. Masukkan panas-panas  ke dalam tepung dan gaul sebati.
  3. Biarkan sejuk sekejap, kemudian bentukkan doh.
  4. Goreng api sederhana.

SELAMAT MENCUBA!

Kredit: Yus Sue

tags: | | |