Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » “Kuah Rojak Betik Ni Orang Ganu Je Pandai Buat” Wanita Ini Kongsi Resepi Rojak Betik Ganu Yang Sedap Dan Di Gilai Ramai!

“Kuah Rojak Betik Ni Orang Ganu Je Pandai Buat” Wanita Ini Kongsi Resepi Rojak Betik Ganu Yang Sedap Dan Di Gilai Ramai!

Kategori:
resepi rojak betik kuah ikan

Rojak betik kuah ikan merupakan antara hidangan yang sangat-sangat terkenal di Terengganu. Siapa yang pernah rasa dan makan pasti tahu kesedapannya macam mana. Rojak betik kuah ikan ini dimakan bersama dengan keropok keping dan timun batang yang dipotong kecil. Betik tu pula perlu guna betik yang sedikit masak. Kalau masak nanti lembik dan tak sedap. Rojak betik ini akan berkali ganda lebih sedap jika kita masukkan dalam peti ais. Buat umpama aiskrim jeruk tu. Memang padu sangat.

“Kuah Rojak Betik Ni Orang Ganu Je Pandai Buat” Wanita Ini Kongsi Resepi Rojak Betik Ganu Yang Sedap Dan Di Gilai Ramai!

BAHAN-BAHAN:

  • Ikan selayang/kembung (5-6 ekor)
  • 3 senduk kecil cili boh/cili kering kisar
  • 3 sudu gula
  • 3 cawan air
  •  1 sk garam
  • Sedikit belacan
  • 3 sudu kicap
  • 1/2 cawan cuka
  • Betik yang mengkal | disagat
  • Timun batang | dipotong
  • Nenas |dipotong

CARA PENYEDIAAN:

  1. Ikan tadi direbus dahulu. Apabila sejuk buangkan semua tulang ikan tersebut dan kisar.
  2. Masukkan air, cili boh, belacan, nisan dan kicap ke dalam periuk. Masak sehingga mendidih.
  3. Selepas 10 minit masukkan cuka.
  4. Cedukkan 2 atau 3 senduk kuah ke dalam isi ikan yang di kisar atau tumbuk tadi dan gaul sebati. Kemudian barulah tuang isi ikan yang digaul bersama kuah tadi ke dalam periuk. Biarkan mendidih seketika.
  5. Masukkan pula garam dan gula secukup rasa.
  6. Tutup api dan siap untuk dihidangkan.

SELAMAT MENCUBA!

Kredit : Masri Awang Via MAHN

Baca juga: Cara Mudah Buat Rojak Buah Asyik Sangat Makan Sampai Tak Perasan Dah Licin

tags: |