Seperti yang diketahui ramai, Melaka bukan sahaja dikenali sebagai Bandaraya Bersejarah yang menempatkan banyak lokasi pelancongan, malah ia turut menjadi lokasi makanan asam pedas. Orang kata, tidak lengkap percutian di Melaka jika tidak makan asam pedas di sini.
Asam pedas bukanlah masakan asing di Malaysia. Pengalaman berkunjung ke Melaka juga pasti tidak lengkap tanpa mencuba asam pedas dari air tangan orang Melaka. Antara salah sebuah restoran terkenal yang menghidangkan asam pedas terbaik dan menjadi tumpuan ramai ialah Restoran Matahari Corner. Lokasi restoran ini bertempat di Medan Selera Pasar Borong Bt. Berendam.
Restoran Matahari Corner sudah pun diusahakan selama 15 tahun.
Menariknya di Restoran Matahari Corner ini, menghidangkan asam pedas telur ikan di dalam claypot. Ianya adalah sesuatu yang jarang ditemui di mana-mana restoran lain, terutamanya di restoran yang menyediakan hidangan asam pedas.
Tonton video di bawah ini untuk mengetahui dengan lanjut tetang tempat ini:
Sumber: Hypp Inspirasi