Sambal bilis memang sangat disukai oleh rakyat Malaysia. Pelbagai jenis sambal yang telah dibuat oleh rakyat Malaysia. Antaranya ialah sambal bilis bunga kantan. Mesti anda semua tak pernah jumpa kan? Dan mesti akan terpikir rasa bunga kantan mesti pelik. Tetapi sebenarnya ianya sangatlah sedap. Anda nak tahu bagaimana kesedapannya boleh lah cuba masak dengan merujuk resepi yang dikongsi oleh Noraini Maskam ini.
Resepi Sambal Bunga Kantan Dan Ikan Bilis, Memang Sedap. Jom Cuba Buat Dan Rasa!
BAHAN-BAHAN:
- 2 kuntum bunga kantan (kalau dapat yang kembang mekar tu lagi ummph) – dihiris halus
- 1 genggam ikan bilis (saya suka ikan bilis halus) – digoreng garing
- minyak untuk menggoreng
- garam dan gula
Bahan-bahan kisar:
- 2 ulas bawang merah
- 2 ulas bawang putih
- 1 labu bawang besar
- 10 tangkai cili kering ( direbus dahulu ) – kalau suka pedas, boleh letak lebih
CARA PENYEDIAAN:
- Panaskan minyak. Goreng ikan bilis hingga garing. Angkat dan ketepikan.
- Menggunakan minyak yang sama, masukkan bahan-bahan kisar. Kacau rata.
- Apabila cili dan bawang sudah pecah minyak, masukkan bunga kantan yang telah dihiris nipis seperti dalam gambar.
- Gaul rata dan pada tahap ini, pastikan bahan-bahan selalu dikacau supaya tidak hangus. Kecilkan api.
- Tambahkan garam dan gula.
- Setelah kering. Tutup api dan biarkan ia sejuk.
- Kemudian masukkan ikan bilis yang sudah digoreng garing awal-awal tadi dan gaul rata.
- Siap untuk dihidangkan.
SELAMAT MENCUBA!
Kredit: Noraini Maskam
Baca juga: Wanita Ini Kongsi Cara Buat Sambal Bilis Rangup Dan Sedap, Berhari-Hari Pun Masih Lagi ‘Krap Krup Krap’!