Siapa yang selalu makan steamboat di Johnny pasti tahu bagaimana rasa sos steamboat mereka. Memang sedap yang amat! Makan dengan aneka bahan-bahan steamboat dan sup panas yang lazat. Rupanya boleh cuba buat sendiri sos steamboat ala Johnny di rumah, puas hati bila buat sendiri. Ikuti resepi sos steamboat di bawah berserta resepi sup.
Resipi Sos Steamboat Ala Johnny
Bahan-bahan:
- 10 biji cili merah (cili besar)
- 4 ulas bawang putih
- 5 sudu besar minyak bijan
- 5 sudu besar sos ikan
- 5 sudu besar cuka epal (cuka biasa pun boleh)
- 2 sudu besar sos tiram
- 2 sudu besar kicap (kicap udang manis)
- 1 sudu besar pati sunquick
- 1 sudu kecil tepung jagung
- 1 cawan air
- Garam dan gula secukup rasa
- 2 sudu besar bijan – digoreng tanpa minyak
- Sedikit daun ketumbar – dihiris halus
Cara menyediakannya:
- Kisar cili merah dengan bawang putih hingga halus.
- Masukkan bahan kisar, minyak bijan, sos ikan, cuka, sos tiram, kicap dan sunquick dalam periuk.
- Masak hingga mendidih, kemudian masukkan bancuhan tepung jagung dengan 1 cawan air.
- Masak hingga kuah agak pekat dan berkilat. Rasa garam dan gula secukupnya.
- Masukkan sedikit bijan yang telah digoreng tanpa minyak dan hirisan daun ketumbar.
- Siap sos steamboat.
Resipi Sup Steamboat (Stok Ayam)
Bahan-bahan:
- 3 ulas bawang putih – ditumbuk
- Sedikit minyak untuk menumis
- 2 ketul kiub pati ayam
- Tulang ayam
- Garam secukup rasa – jika perlu
Cara memasak:
- Panaskan sedikit minyak.
- Tumiskan bawang putih hingga naik bau, kemudian masukkan air.
- Bila dah mendidih masukkan kiub pati ayam dan tulang ayam kalau ada.
- Akhir sekali masukkan hirisan daun ketumbar.
- Bila stok dah masak boleh la masukkan bahan-bahan steamboat.
Kredit gambar: Amy Nur Hidayah
Kredit resepi: Saba Natasha