Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Resepi Kerabu Suhun Sotong Ringkas Tapi Rasa ‘Kaww’ Habis! Tak Menyesal Cuba

Resepi Kerabu Suhun Sotong Ringkas Tapi Rasa ‘Kaww’ Habis! Tak Menyesal Cuba

Kategori:
Kerabu Suhun Sotong

Anda peminat aneka jenis kerabu? Apa kata jom nanti ada masa terluang, cuba buat kerabu suhun sotong ini pula. Memang kecur air liur dibuatnya, memang tak rugi buat. Ikuti resepi lengkap di bawah.

Resepi Kerabu Suhun Sotong Ringkas Tapi Rasa ‘Kaww’ Habis! Tak Menyesal Cuba

Bahan-bahan:

  • 2 batang serai ambil bahagian lembut sahaja, dihiris nipis
  • 1 pokok ketumbar dgn akarnya
  • Sedikit daun ketumbar dihiris
  • Daun limau purut untuk rebus sotong
  • Daun limau purut untuk pewangi kerabu
  • 3 biji tomato dipotong dadu
  • Lobak merah dihiris halus
  • Timun dihiris halus
  • Bawah merah dihiris
  • Cili api/padi *ikut tahap kepedasan masing-masing
  • Sos sotong
  • Sedikit serbuk perasa/garam
  • 2 biji limau kasturi/limau nipis
  • Bawang putih dikisar dengan cili dan gula kabung Siam/gula Melaka/

Cara-cara:

  1. Masukkan sotong ke dalam air mendidih bersama serumpun ketumbar dengan akarnya sekali dan daun limau purut dalam 3 minit cukup (bergantung jumlah sotong, jangan lama nanti kecut dan tak sedap).
  2. Toskan dan terus masuk dalam mangkuk berisi air sejuk dari peti sejuk. Ambil air sotong sedikit beri aroma dan lebih rasa sotong asli nanti.
  3. Suhun (dicelur sampai lembut) dalam air masak dalam periuk (kira masak sekejap je).
  4. Kemudian semua sayur dihiris/mesin.
  5. Masuk semua dalam mangkuk, tuang sos ikan, masuk serbuk perasa atau garam, perah asam limau. Gaul rata semua bahan, siap.

Kredit: Muhammad Muktamin Abdul Karim

tags: