Creampuff merupakan juadah yang berasal daripada Perancis. Pada tahun 1540 ianya dihidangkan kepada keluarga diraja Perancis. Selepas itu ia diperkenalkan di seluruh British sehinggakan creampuff ini menjadi antara hidangan yang amat popular di sana. Kalau nak makan creampuff boleh lah ke British. Tetapi kini tidak lagi, ia boleh didapati di mana-mana kedai. Nak buat sendiri pun boleh sebab nak menyediakan creampuff ini sangatlah mudah. Walaupun begitu cara pembuatannya memerlukan skill dan latihan yang banyak.
Tapi jangan risau ada seorang wanita yang dikenali dengan Ummu Arif ada berkongsi resepi mudah creampuff. Jom kita mengikuti perkongsian beliau.
Wanita Ini Kongsi Resepi ‘Premium Creampuff With Creamy Custard’ Yang Gebu Dan Lembut, Kalau Open Order Confirm Laku Keras!
RESEPI PUFF (50 Biji saiz kecil)
Bahan A:
- 250 gram air
- 100 gram pure butter (kalau nak pakai marjerin pun boleh)
- 1 st gula haus
- 2 titik esen creamy vanilla
- 125gram tepung gandum
Bahan B:
Cara Penyediaan:
- Satukan semua bahan A kecuali tepung dan masak sehingga mendidih.
- Matikan api dan masukkan tepung gandum dan kacau sampai sebati.
- Masukkan doh ke dalam mixer dan pukul supaya doh sebat elok sehingga suam.
- Setelah doh suam, masukkan telur sebiji demi sebiji dan pukul sampai nampak doh berkilat.
- Panaskan oven 200 C dengan api atas bawah. Pipekan atas tray yang di alaskan baking paper.
- Semburkan dengan air.
- Bakar selama 25-30 min.
*Nak tahu puff dah masak boleh nampak dia gelembung dan warna kekuningan.
RESEPI CREAMY CUSTARD
Bahan-bahan:
- 200 gram air sejuk
- 200 gram instant custard
- 200 gram whipping cream
- 200 gram fresh cream
Cara Penyediaan:
- Mix semua bahan kecuali fresh cream sampai kental.
- Dalam mangkuk lain, mix fresh cream hingga kental.
- Satykan semua cream dan mix sebati.
- pipekan ke dalam puff.
- Taburkan snow powder atas creampuff yang siap.
SELAMAT MENCUBA!
Kredit: Ummu Arif