Petang-petang macam ni sedap juga kalau dapat makan sesuatu yang rangup contohnya seperti popia udang cheese ini. Kita biasa dengar popia udang sahaja sebelum ni kan? Bagaimana agak-agak rasanya bila diletakkan cheese. Kalau nak tahu, bolehlah cuba buat nanti ya!
Anak-Anak Suka Setiap Kali Buat, Wanita Ini Kongsi Resepi Popia Udang Cheese Simple & Cepat
Bahan-bahan:
-
2 sudu besar butter
-
12 ekor udang dipotong kecik
-
3 biji bawang putih dicincang halus
-
1 biji bawang merah dicincang halus
-
1 batang lobak dihiris nipis
-
1/2 biji sengkuang dihiris nipis
-
1/4 biji kobis ungu
-
1/2 sudu besar serbuk secukup rasa (maggi)
-
5 tangkai daun sup di cincang halus
-
Kulit popia
-
Mozarella cheese
-
Sos cili thai
Cara-cara:
- Mula-mula cairkn butter, tumis bawang putih dan bawang merah. Tumis sehingga kekuningan.
- Masukkan udang. Kacau dan masak sehingga udang bertukar warna oren.
- Masukkan kobis, lobak dan sengkuang. Kacau sebati.
- Masukkan serbuk secukup rasa maggi dan masak sehingga lobak dah tak keras.
- Akhir sekali masukkan daun sup. Masak sekejap je dan terus tutup api.
- Ambik kulit popia dan letak inti di hujung dalam 1 sudu besar. Pastikan kulit popia dah dikeluarkan awal dari peti dan tidak sejuk.
- Letak mozarella cheese bahagian bawah dan atas. Nak letak banyak mana terpulang. Letak banyak lagi sedap.
- Gulung dan lipatkan.
- Hujung bahagian tu sapu sedikit dengan air supaya popia tak terbuka.
- Sekarang goreng popia. Pastikan minyak dah betul-betul panas.
- Ok dah siap.
- Selamat mencuba.
Kredit: Ariana Sofia Ahmad