Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Tempat Makan » Restoran Nasi Beriani Haji Tamby, Melaka

Restoran Nasi Beriani Haji Tamby, Melaka

Kategori:
Nasi Beriani Haji Tamby

Antara beberapa restoran yang menyediakan hidangan nasi beriani di Melaka, Restoran Nasi Beriani Haji Tamby merupakan salah sebuah restoran terkenal di kalangan warga Melaka.

Restoran Nasi Beriani Haji Tamby ini terkenal dek kerana menawarkan nasi beriani, nasi putih, dalca dan acar secara percuma setiap hari kepada pelanggan. Malah ‘Restoran Nasi Beriani Haji Tamby’ juga turut memberikan air sirap bandung  percuma pada setiap Jumaat.

Uniknya, nasi beriani yang dihidangkan di sini tidak sama dengan yang lain kerana menyediakan nasi beriani berempah. Selain dari nasi beriani berempah, disediakan juga sampingan kuah kacang dal yang pekat untuk dinikmati bersama.

Perniagaan Nasi Beriani Haji Tamby ini bermula sejak 1969. Resepi yang digunakan adalah daripada Arwahyarham Haji Tamby sendiri dan diwarisi oleh keluarga Haji Tamby sendiri.

Tonton video di bawah ini untuk mengetahui dengan lanjut tetang tempat ini:

Kredit: Hypp Inspirasi

tags: | |