Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Resepi Sambal Balado Original Dari Kawan Indonesia, Padu Betul Rasa Dia!

Resepi Sambal Balado Original Dari Kawan Indonesia, Padu Betul Rasa Dia!

Kategori:
Resepi Sambal Balado

Jom cuba buat sambal balado, resepi original dari Indonesia perkongsian oleh Mazliana Mazlan. Menurut beliau, adiknya mempelajari resepi sambal balado ini dari kawan yang berasal dan menetap di Indonesia. Makan dengan ikan keli atau di Indonesia dipanggil, Pecal Lele memang padu habis! Selamat mencuba.

Resepi Sambal Balado Original Dari Kawan Indonesia, Padu Betul Rasa Dia!

Kuantiti yang saya tulis hanya sebagai guideline sahaja. Boleh ubah ikut tahap kepedasan yang diingini. Saya banyak kali cuba olah bawang lebih, sambal lebih, tomato lebih, akhirnya saya suka dengan kuantiti yang ini.

Bahan-bahan:

  • 1 biji bawang besar
  • 1 biji tomato
  • 3 ulas bawang putih
  • 3 biji cili merah
  • 3 genggam cili padi (campur merah dan hijau ikut tahap kepedasan masing-masing)
  • 2 inci belacan
  • 2 sudu besar gula
  • Garam secukup rasa
  • Minyak

Cara-cara:

  1. Ini bahan-bahannya. Saya kehabisan bawang besar yang betul-betul besar, jadi saya masukkan 3 biji bawang besar yang bersaiz agak kecil. Siapa yang suka pedas meletop, boleh lebihkan cili padi merah.
  2. Kalau rajin, boleh tumbuk bahan-bahan ini. Cara saya yang kurang sikit rajinnya dan nak cepat, saya masukkan semua dalam food processor. Jangan letak air langsung ye. Kalau guna blender biasa pun boleh, letak air sikit je okay.
  3. Kisar jangan lumat sangat, biar nampak ada serdak-serdak cili gitu.
  4. Panaskan minyak, agak-agak je. Saya guna minyak masak lebihan goreng ikan bilis masa buat sambal tempoyak haritu. Sekali harung buat stok semua bahan.
  5. Masukkan dalam kuali. Masak sampai agak kering airnya untuk tahan lama, biar betul-betul kering.
  6. Masukkan gula dalam 2 sudu. Saya guna organic raw cane sugar.
  7. Masukkan garam Himalaya secukup rasa. Apa-apa garam pun boleh.
  8. Siap! Boleh simpan dalam bekas dan masukkan dalam chiller. Tak perlu sejuk beku, boleh tahan dalam 2 minggu.
  9. Salah satu menu, pecal lele.

Kredit: Mazliana Mazlan

tags: |