Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Wanita Ini Kongsi Resepi Asam Pedas Johor Padu. Dulu Asyik Beli, Sekarang Buat Sendiri Je!

Wanita Ini Kongsi Resepi Asam Pedas Johor Padu. Dulu Asyik Beli, Sekarang Buat Sendiri Je!

Kategori:
Resepi Asam Pedas Johor

Seorang pengguna laman sosial Facebook, saudari Dina Amalia berkongsikan resepi asam pedas Johor. Menurutnya, beliau gigih belajar supaya rasanya sebiji sama macam di Johor. Kalau dulu, asyik beli di kedai kalau terasa nak makan. Sekarang, bila-bila masa sahaja boleh buat sendiri di rumah. Ikuti perkongsian lengkap oleh beliau di bawah,

Wanita Ini Kongsi Resepi Asam Pedas Johor Padu. Dulu Asyik Beli, Sekarang Buat Sendiri Je!

Bahan-bahan kisar halus:

  • Segenggam lebih sikit cili kering (potong, buang biji, rebus dan tos)
  • 10-12 biji bawang merah (kadang saya tambah 1 biji bawang besar sebab nak bagi kuah pekat dan banyak)
  • 6-7 biji bawang putih
  • 1/2 inci kunyit
  • 1/2 inci halia

Bahan-bahan lain:

  • Pes asam jawa adabi
  • Daun kesum (saya bahagikan 2 untuk menumis dan masa akhir nanti)
  • Buah tomato
  • Bendi
  • Garam
  • Air

Cara-cara:

  1. Tumis bahan kisar sehingga pecah minyak dan cili betul-betul masak. Minyak kena banyak baru dia akan masak cantik.
  2. Masukkan daun kesum 1 bahagian tadi.
  3. Masukkan air (untuk kuah, ikut nak pekat mana).
  4. Masukkan pes asam jawa.
  5. Masukkan ikan, tungguh sehingga mendidih dan ikan masak.
  6. Masukkan garam dan perasa secukup rasa.
  7. Masukkan bendi dan daun kesum yang lagi 1 bahagian.
  8. Masukkan buah tomato.
  9. Siap!Resepi Asam Pedas Johor

Kredit: Dina Amalia Nordin

 

Baca juga: Resepi ‘Ori’ Thai Patutlah Sedap! Lelaki Ini Kongsi Cara Buat Sup Daging Thai Mudah & Lazat

tags: