Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Tak Ramai Tumbuk Sambal Belacan Guna Lesung Batu, Serius Sedap Lain Macam Guna Cara Ni!

Tak Ramai Tumbuk Sambal Belacan Guna Lesung Batu, Serius Sedap Lain Macam Guna Cara Ni!

Kategori:
sambal-belacan

Jarang sangat nak jumpa orang buat sambal belacan guna lesung batu sekarang. Oleh kerana nak jimatkan masa, ramai yang hanya menggunakan pengisar. Tidak dinafikan, memang ia sangat cepat dan memudahkan kerja. Tapi semestinya, jika tumbuk menggunakan lesung batu menjadikannya lebih sedap! Kalau nak cuba buat, ikuti resepi di bawah perkongsian oleh saudari Lina Hafizarina.

Tak Ramai Tumbuk Sambal Belacan Guna Lesung Batu, Serius Sedap Lain Macam Guna Cara Ni!

Cili ditumbuk hingga lumat.. Dalam ni hakak guna cili kampung campur merah hijau dah 2 biji cili merah besar supaya tidaklah pedas melampau..

Masukkan bawah putih dan bawang merah yang telah digoreng.. Agak agak je berapa ulas.. Ikut suka koranglah..

Pastu belacan pun digoreng secukupnya terlebih dahulu..

Dah tu bolehlah boh garam ajinomoto dan gula.. Kalau selera Hakak biar agak2 lori terbalik sikit baru sedap.. Tapi selera kite tak sama.. So agak agaklah nak manis manis sweet paras mana..

Dah tu masukkan perahan air asam limau.. Ni hakak guna 4 biji limau kasturi.. Tu aje yang ada pun.. Nak gi raba kat pokok pun dah malam dah..

Tadaaa.. Siap..

Kredit: Lina Hafizarina

 

Baca juga: Resepi Tomyam Sayur Thai Yang Sedap. Sekali Dah Buat, Habis Satu Mangkuk Di Ratahnya

tags: