Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Pernah Cuba Tak? Ini Dia Resepi ‘Pasta Goreng Cheese’ Yang Menyelerakan, Padu Sungguh Rasanya!

Pernah Cuba Tak? Ini Dia Resepi ‘Pasta Goreng Cheese’ Yang Menyelerakan, Padu Sungguh Rasanya!

Kategori:
resepi pasta goreng cheese

Pasta merupakan makanan yang berasal daripada Itali. Sejak ia diperkenalkan di negara tersebut ia sangat mendapat sambutan ramai. Kira-kira seluruh dunia menggemari pasta ini. Dengan pasta pelbagai jenis masakan yang kita boleh sediakan. Antaranya adalah pasta goreng cheese. Ia adalah menu yang sangat simple, mudah dan sedap!

Pernah Cuba Tak? Ini Dia Resepi ‘Pasta Goreng Cheese’ Yang Menyelerakan, Padu Sungguh Rasanya!

BAHAN-BAHAN:

  • 2 ulas bawang putih,
  • 1 labu bawang besar Holland
  • Isi ayam
  • 1 tin prego cheese / serbuk cheese (nak guna mana-mana pun boleh, kalau suka serbuk cheese boleh kacau dulu dengan air)
  • Tomato
  • Lada benggala
  • Serbuk lada hitam
  • Mentega dan minyak olive

CARA PENYEDIAAN:

  1. Panaskan mentega dan olive oil.
  2. Kemudian tumiskan bawang putih dan bawang besar sehingga layu.
  3. Selepas itu masukkan isi ayam goreng sehingga masak.
  4. Kemudian masukkan pula prego keju dan kacau. Kalau nak masukkan cecair cheese boleh skip masa ni.
  5. Masukkan sedikit air jika terlebih pekat.
  6. Masukkan apa-apa pasta yang disukai, kacau rata. (kalau nak masukkan cecair cheese, selepas masukkan pasta adalah masa yang tepat)
  7. Masukkan tomato, lada benggala dan serbuk lada hitam, kacau dan siap.

SELAMAT MENCUBA!

Kredit : Bidadari.my

Baca juga: Resepi Pasta Tomyam Alfredo Tak Terkata Sedapnya, Nak Sediakan Juga Cukup Mudah

tags: