Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Lelaki Ini Kongsi Resepi ‘Sup Tauhu Telur Pekat’ Kegemaran Isterinya, Memang Padu Sangat Ni!

Lelaki Ini Kongsi Resepi ‘Sup Tauhu Telur Pekat’ Kegemaran Isterinya, Memang Padu Sangat Ni!

Kategori:
resepi sup tauhu telur pekat

Tauhu telur atau di panggil juga sebagai tofu merupakan makanan yang berasal daripada negara seberang iaitu Indonesia. Ramai orang menggemarinya seperti mana hidangan yang disediakan oleh seorang lelaki ini untuk isterinya. Hidangan tersebut diberi nama Sup Tauhu Telur Pekat yang mana isterinya sangat menggemarinya. Hidangan ini boleh di makan bersama roti, memang terbaik sangat rasanya. Jom kita cuba buat!

Lelaki Ini Kongsi Resepi Sup Tauhu Telur Pekat Kegemaran Isterinya, Memang Padu Sangat Ni!

BAHAN-BAHAN:

  • Tauhu telur/tofu
  • Tepung jagung
  • Mentega
  • Bawang putih
  • Lada htam
  • Isi ayam
  • Sos tiram
  • Sedikit kicap
  • Garam dan gula
  • Cendawan shitake | dimayang
  • Daun bawang | dipotong kasar
  • Carrot | dipotong dadu
  • Telur

CARA PENYEDIAAN:

  1. Golekkan tofu dalam tepung jagung, lumurkan nipis saja. Kemudian goreng dalam minyak panas hingga keperangan. Kemudian angkat dan ketepikan (toskan minyak).
  2. Untuk sup/kuah pekat cairkan mentega, dan tumiskan bawang putih ditumbuk bersama lada hitam / black pepper, hingga naik bau.
  3. Masukkan air. Biarkan mendidih.
  4. Masukkan lauk (saya guna isi ayam) dan masukkan sekali sos tiram, sedikit kicap dan garam/gula.
  5. Pada masa sama, masukkan sayuran – saya letak cendawan shiitake (dimayang), daun bawang (potong kasar) dan carrot (potong dadu kecil).
  6. Apabila mendidih dan sayuran sudah layu, ketika ini boleh cuba rasa sup/kuah. Apabila sudah cukup rasa, masukkan air tepung jagung (untuk pekatkan kuah).
  7. Tunggu mendidih sekali lagi. Pecahkan telur dalam mangkuk dan kacau.
  8. Apabila mendidih, masukkan telur perlahan-lahan sambil mengacau kuah/sup. Cara swirling. Ketika mengacau telur ini saya besarkan api, dan kacau hingga mendidih. Apabila mendidih, matikan api.
  9. Boleh pilih sama ada nak masukkan tofu terus ke dalam periuk masakan atau nak tuangkan sup ke dalam mangkuk hidangan barulah letakkan tofu. Cara saya, saya tuangkan sup ke mangkuk hidangan kemudian saya potong tofu guna gunting je, jatuhkan tofu ke dalam sup. Bolehlah senduk-sendukkan sup dan siramkan ke atas tofu. Jangan gaul kasar, kita tak nak tofu pecah-pecah.
  10. Siap untuk dihidangkan.

SELAMAT MENCUBA!

Kredit: Syahr Musafir

tags: | |