Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Cara Masak Kari Kepala Ikan Tanpa Guna Santan, Rasanya Memang Padu Habis!

Cara Masak Kari Kepala Ikan Tanpa Guna Santan, Rasanya Memang Padu Habis!

Kategori:
Kari Kepala Ikan Tanpa Guna Santan

Nak buat kari kepala ikan, tapi tiada santan? Nak keluar beli malas pula rasa. Jangan risau, ada caranya untuk masak kari kepala ikan tanpa guna santan. Ikuti perkongsian resepi oleh saudari Nor Khomariah di bawah,

Cara Masak Kari Kepala Ikan Tanpa Guna Santan, Rasanya Memang Padu Habis!

Bahan-bahan:

  • Kepala ikan merah @ ikan apa je terpulang (bersih dgn air asam jawa )
  • 2 biji bawang besar (dihiris)
  • 2 ulas bawang putih (dihiris)
  • 1 inci halia (dihiris)
  • 2 tangkai daun kari
  • 3 sudu makan serbuk kari ikan (dibancuhkan dengan sedikit air untuk jadikan pes)
  • Garam dan sedikit gula
  • 1 sudu besar halba campur
  • Semangkuk kecil air asam jawa
  • Terung bulat ( potong 4)
  • Tomato (dibelah 4)
  • Cili padi
  • Bendi
  • Minyak untuk menumis

Cara-cara:

  1. Tumiskan bawang merah, bawang putih, daun kari serta halba campur hingga wangi.
  2. Kemudian masukkan bancuhan rempah kari dan tumis lagi hingga garing atau sehingga betul-betul pecah minyak.
  3. Masukkan air secukupnya. Kacau rata-rata dan biarkan ia mendidih.
  4. Kemudian masukkan terung, biar terung lembut seterusnya masukkan air asam jawa, garam dan gula. Kepekatan kuah bergantung pada anda, kalau nak cair tambahkan sedikit lagi air.
  5. Bila air dah mendidih masukkan ikan. Jangan kacau, biakarkan sahaja.
  6. Apabila ikan dah hampir masak, masukkan bendi dan tomato. Setelah masak, angkat dan hidangkan.Kari Kepala Ikan Tanpa Guna Santan

Kredit: Nor Khomariah Norrohman

tags: |