Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Pasti Ramai Yang Suka Daging Goreng Kunyit Basah Macam Ni, Tak Letak Garam Pun Sedap!

Pasti Ramai Yang Suka Daging Goreng Kunyit Basah Macam Ni, Tak Letak Garam Pun Sedap!

Kategori:
Daging Goreng Kunyit Basah

Pelbagai menu boleh dimasak menggunakan daging seperti dendeng daging, sup daging Thai dan singgang daging. Namun, daging goreng kunyit tetap menjadi kegemaran ramai. Kerana cara memasaknya sangat mudah dan tak perlu menggunakan banyak bahan. Jika ada yang suka daging goreng kunyit basah, boleh ikut cara di bawah. Selamat mencuba!

Pasti Ramai Yang Suka Daging Goreng Kunyit Basah Macam Ni, Tak Letak Garam Pun Sedap!

Bahan-bahan:

  • Daging hiris ikut suka
  • Kacang panjang hiris
  • Bawang holland hiris
  • Cili hiris

Cara-cara:

  1. Sediakan periuk atau kuali. Letak daging, hidupkan api. Biarkan sehingga air daging keluar. Kemudian, masukkan sos tiram & serbuk kunyit.
  2. Masak smpai empuk. Tambah air jika perlu. Kacau-kacau biar semua sebati dan lembut serata.
  3. Bila daging dah lembut, air dah kering dan tinggal sikit, dia akan terbit minyak dari lemak-lemak daging tu. Kalau nak tambah minyak silakan, terpulang. Kalau tambah minyak, daging akan jadi garing.
  4. Masukkan bawang dan kacang panjang. Gaul sebati. Bila bawang dah layu, masukkan cili.
  5. Tak perlu letak garam sebab dah guna sos tiram. Kalau suka, boleh letak garam dan gula atas citara masing-masing.

Kredit: Dani Shoppe’s

tags: |