Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Resepi Pasta ‘Gigi Hadid’ Yang Viral, Patut Pun Viral Sebab Terlalu Sedap! Boleh Dapat Full Star!

Resepi Pasta ‘Gigi Hadid’ Yang Viral, Patut Pun Viral Sebab Terlalu Sedap! Boleh Dapat Full Star!

Kategori:
resepi pasta gigi hadid

Siapa je yang tak kenal dengan model cantik yang terkenal yang bernama Gigi Hadid ini. Bukan sahaja cantik malah beliau juga pandai memasak. Baru-baru ini Gigi Hadid ada berkongsi resepi pasta di akaun instagram miliknya. Pasta yang disediakan olehnya memang nampak sedap dan menggiurkan. Dan resepinya terbukti sedap dan menyelerakan serta lain daripada yang lain apabila salah seorang peminatnya membuat pasta dengan menggunakan resepi beliau itu. Jom kita ikuti resepi pasta Gigi Hadid yang viral ini.

Resepi Pasta ‘Gigi Hadid’ Yang Viral, Patut Pun Viral Sebab Terlalu Sedap! Boleh Dapat Full Star!

BAHAN-BAHAN:

  • 2 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1/2 cawan pes tomato
  • 2 cili mata burung (boleh juga digantikan dengan cili merah)
  • 1 cawan cooking cream
  • 2 sudu kecil chilli flakes
  • 2 sudu kecil basil
  • 1 sudu kecil paprika
  • 1 sudu kecil lada hitam
  • 1 sudu kecil garam
  • Gula secukup rasa
  • 2 cawan pasta (yang telah direbus)
  • 1/2 cawan parmesan
  • 2 sudu besar butter

CARA PENYEDIAAN:

  1. Tumiskan bawang putih dan bawang merah dengan sedikit olive oil sehingga naik bau.
  2. Masukkan pes tomato dan kacau.
  3. Masukkan cili, cooking cream, chilli flakes, basil, paprika dan lada hitam. Tambahkan dengan garam dan gula secukup rasa. Kacau sehingga sebati.
  4. Masukkan pasta, parmesan dan butter.
  5. Kacau sehingga sebati.
  6. Siap untuk dihidangkan.

SELAMAT MENCUBA!

Baca juga: Spaghetti Carbonara Yang Ringkas, Tak Perlu Guna Sos Hanya Guna Susu Dan Cheese Je. Jom Kita Cuba!

tags: |