Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Hidangan ‘Telur Mata Goreng Tomato’ Ini Sangat Sedap Dan Pernah Viral! Ini Cara Mudah Menyediakannya

Hidangan ‘Telur Mata Goreng Tomato’ Ini Sangat Sedap Dan Pernah Viral! Ini Cara Mudah Menyediakannya

Kategori: ,
resepi telur mata goreng tomato

Telur Mata Goreng Tomato ini pernah viral dan rasanya memang sangat sedap. Kalau makan anda boleh habiskan berbiji-biji telur mata ni tau. Bagi anda yang belum mencubanya, apa kata cuba sekarang.

Asyik makan telur mata goreng kicap je kan jadi sekali sekala cuba buat telur mata goreng tomato ni pulak. Memang confirm anak-anak suka dan minta buatkan lagi!

Resepi ‘Telur Mata Goreng Tomato’ Yang Sedap & Mudah!

BAHAN-BAHAN:

  • 3-4 biji telur | digoreng
  • 1 biji tomato | besar
  • 4-5 biji tomato ceri | kalau tak nak guna pun tak apa
  • Sos tomato | Kalau nak pedas boleh tukar sos cili
  • Sedikit air | Kalau nak berkuah

CARA PENYEDIAAN:

  1. Panaskan minyak dalam kuali.
  2. Goreng telur sehingga masak. Kalau anda suka garing boleh garingkan.
  3. Dalam kuali yang sama, masukkan sedikit minyak.
  4. Kemudian masukkan tomato(lenyekkan guna sudip, jangan hancur sangat).
  5. Masukkan sedikit air untuk lembutkan tomato.
  6. Kemudian masukkan sos tomato, sedikit gula (biar tak masam sangat) dan sedikit garam.
  7. Akhir sekali masukkan telur tadi.
  8. Biarkan seketika dan tutup api.
  9. Sedia untuk dihidangkan.

Mudah sahaja kan nak buat Telur Mata Goreng Tomato ini? Mesti sedap ni, tengok pun dah tahu. Jadi tunggu apa lagi tu, jom cuba buat sekarang. Mungkin telur macam ni akan menjadi hidangan yang wajib ada lepas ni.

SELAMAT MENCUBA!

Baca juga: Cara Buat Telur Rebus Air Asam ‘Viral’ Yang Super Lazat! Habis Licin Satu Mangkuk

 

tags: | |