Sumo Coffee Cafe yang terletak di Crystal Bay, Alai Perdana, Alai ini adalah antara ‘port’ makan yang menarik di Melaka. Mereka menyediakan pelbagai menu makanan western dengan harga mampu milik.
Keunikkan suasana di Sumo Coffee Cafe ini juga nampak sangat tenang dan menarik perhatian pelanggan untuk berkunjung. Ia mempunyai hiasan berkonsepkan taman yang sangat nyaman.
Menu Western yang top di sini adalah Bariz chicken chop yang hanya berharga RM5.00 sahaja. Walaupun dengan hanya RM5.00, kuantiti hidangan Bariz Chicken Chop yang disediakan di sini cukup banyak, amat berbaloi dan sukar untuk didapati di tempat lain. Sos yang disediakan juga mempunyai rasa yang amat berlainan serta dapat memikat hati pelanggan yang menikmati hidangan ini.
Antara yang menarik juga di sini, menyediakan lebih kurang 24 jenis Coffee.
Selain itu, kafe ini juga menyediakan pelbagai menu western lain seperti lamb chop, cheezy wedges, dan cheezy meatball dengan harga yang tidak melebihi RM10. Di samping itu, banyak juga hidangan biasa yang lain seperti nasi goreng, char koay teow, sengkuang calit dan sebagainya untuk pilihan pelanggan..
Tonton video di bawah untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang tempat ini:
Kredit: Hypp Inspirasi