Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Resepi Ayam Kam Heong Yang Simple Dan Sedap, Makan Dengan Nasi Putih Memang Betul-Betul Menyelerakan!

Resepi Ayam Kam Heong Yang Simple Dan Sedap, Makan Dengan Nasi Putih Memang Betul-Betul Menyelerakan!

Kategori:
resepi ayam kam heong

Ayam Kam Heong merupakan antara masakan ala China yang sangat mudah untuk disediakan. Rasanya juga sangat sedap dan menyelerakan. Ayam Kam Heong ini sangat sesuai di makan dengan nasi putih yang panas-panas. Memang menambah-nambah nasi kalau dapat ni. Jadi tunggu apa lagi jom kita cuba masakan ringkas dan mudah Ayam Kam Heong ini.

Resepi Ayam Kam Heong Yang Simple Dan Sedap, Makan Dengan Nasi Putih Memang Betul-Betul Menyelerakan!

BAHAN-BAHAN:

  • Ayam
  • Bawang merah + bawang putih
  • Daun kari + cili kering 2 tangkai
  • Cili hijau
  • Serbuk kari
  • Sos cili + sos tiram + kicap
  • Garam gula secukup rasa

CARA PENYEDIAAN:

  1. Gorengkan ayam terlebih dahulu.
  2. Hiris halus bahan-bahan ini untuk di tumiskan.
  3. Tumiskan bahan-bahan hirisan tadi sampai keperangan.
  4. Masukkan serbuk kari sesudu besar.
  5. Ini hasilnya bila dah gaul rata. Pastikan gaul ye takut rempah hangit pula. Gunakan api yang perlahan sahaja.
  6. Kemudian masukkan sos tiram.
  7. Masukkan pula sos cili.
  8. Masukkan juga kicap manis.
  9. Gaul rata dan sebati semua bahan campuran tu. Perasakan  dengan sedikit garam dan gula secukupnya. Jangan banyak sangat sebab sos tu semua dah bagi rasa yang cukup.
  10. Masukkan pula cili dan bawang potong.
  11. Akhir sekali masukkan ayam yang di goreng tadi. Gaul rata bagi semua rempah tu meresap dalam ayam.
  12. Siap dan boleh dihidangkan.

SELAMAT MENCUBA!

Kredit: Nkhalida Alias

tags: