Menikmati hidangan Nasi Arab dalam suasana nyaman di bawah rimbunan pokok kelapa sawit mungkin satu pengalaman menarik. Bagi pelanggan yang berkunjung ke Kedai Sawit Corner yang terletak di Kampung Solok Duku, Masjid Tanah, Melaka.
Suasana yang tenang, jauh dari bunyi bising kesibukan bandar mungkin menambah lagi selera pengunjung yang singgah menikmati juadah di gerai makan ini.
Walaupun terletak di tengah rimbunan pokok kelapa sawit, namun gerai ini tetap menjadi pilihan pengunjung.
Antara menu yang ditawarkan di gerai in adalah set Nasi Arab Sawit Corner yang dikukus dengan pilihan lauk sama ada ayam atau kambing dengan saiz standard yang dijual pada harga antara RM12 hingga RM22 sepinggan.
Untuk lauk set nasi Arab adalah dengan menyajikan lauk yang dikukus.
Selain dari set Nasi Arab Sawit Corner, gerai ini turut menyediakan set nasi Arab bajet yang berharga RM8.90 sepinggan. Dengan hanya RM8.90 pelanggan boleh menikmati hidangan nasi Arab yang menyelerakan ini.
Gerai ini turut menyediakan hidangan set untuk keluarga atau arba’ah dengan pilihan lauk iaitu ayam atau kambing sahaja atau ayam bersama kambing
Apa yang menarik, pelanggan juga boleh memesan minuman kordial tanpa dikenakan bayaran. Malah kedai itu turut menyediakan minuman pelbagai jenis air seperti coconut shake, banana milkshake, laici kang, air batu campur (ABC), ABC tapai pulut serta cendol.
Harga untuk setiap hidangan yang disediakan di sini cukup berbaloi dan amat berpatutan.
Tonton video di bawah untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang tempat ini:
Kredit: Hypp Inspirasi