Kek coklat moist kukus merupakan antara kek yang sangat mudah untuk disediakan dan rasanya juga sedap. Resepi yang bakal dikongsikan di bawah ini adalah resepi kek coklat moist yang memang menjadi dan sedap. Sudah ramai yang cuba membuatnya dan rata-rata meninggalkan maklumbalas menjadi dan sedap. Dan kalau anda nak tahu macam mana sedapnya kek coklat moist kukus versi ini, anda boleh lah rujuk resepi kat bawah ini.
Guna Resepi ‘Kek Coklat Moist Kukus’ Ini Confirm Menjadi Kek Anda, Dah Ramai Yang Buat Dan Sedap! Tak Rugi Cuba
BAHAN-BAHAN:
Bahan Kisar:
- 1 cawan susu cair/air biasa
- 1 cawan susu pekat
- 1 cawan serbuk koko
- 1 cawan gula
- 1 cawan minyak masak@minyak jagung
- 3 biji telur
- Secubit garam
Bahan Ayak:
- 1 1/2 cawan tepung gandum
- 1 sudu kecil bikabonat soda
- 1 sudu kecil baking powder
Bahan Topping:
- 1/2 cwn susu pekat
- 1/2 cwn sebuk koko
- 3 sudu susu cair/air biasa
- 2 sudu butter@majerin@minyak
CARA PENYEDIAAN:
- Kisar kesemua bahan kisar lebih kurang 5 minit. Sementara itu panaskan kukusan sehingga mendidih.
- Kemudian satukan bahan yang dikisar tadi dengan kesemua bahan ayak yang telah di ayak.
- Kacau rata kesemuanya. Apabila dah rata tapis adunan untuk elakkan berketul.
- Masukkan dalam loyang yang disapu marjerin upaya tak melekat.
- Kukuskan lebih kurang 45 hingga 50 minit, jangan lupa balut tudung pengukus dengan kain untuk elakkan air jatuh atas kek.
- Bagi topping pula, masak atas api (double boiling) sampai sebati dan agak pekat.
- Apabila kek dah sejuk boleh lah tuangkan topping tadi.
- Siap untuk dihidangkan.
SELAMAT MENCUBA!
Kredit: Ibu Rabbani Via MAHN
Baca juga: Wanita Ini Kongsi Resepi Legend Kek Coklat Yang Lembut Dan Gebu, Buat Sebiji Memang Tak Cukup!