Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Resepi Mihun Goreng Ala Indonesia Yang Sedap Dan Harum Semerbak, Sekali Hidang Dah Licin Satu Kuali, Sedap Sangat Tu!

Resepi Mihun Goreng Ala Indonesia Yang Sedap Dan Harum Semerbak, Sekali Hidang Dah Licin Satu Kuali, Sedap Sangat Tu!

Kategori:
resepi mihun goreng

Mihun goreng ala Indonesia ini memang resepi asalnya daripada Indonesia. Rasanya agak berbeza dengan versi Malaysia punya tapi teksturnya hampir sama sahaja. Bahan-bahan yang digunakan juga hampir sama. Memang rasanya sangat sedap dan baunya memang harum semerbak. Sekali hidang mihun goreng ini memang terus licin satu kuali.

Resepi Mihun Goreng Ala Indonesia Yang Sedap Dan Harum Semerbak, Sekali Hidang Dah Licin Satu Kuali, Sedap Sangat Tu!

BAHAN-BAHAN:

  • Mihun | rendam air dan tapiskan
  • Udang | Dibuang kulitnya
  • 1 batang lobak | Potong nipis memanjang
  • 2 batang daun bawang | dipotong
  • 1/2 sdt serbuk lada
  • 1 sdm kicap manis
  •  1sdm kicap masin
  • 1 sdm sos tiram
  • 1/2 bawang besar | iris memanjang
  • 5 ulas bawang putih | dicincang halus
  • Garam dan serbuk perasa secukupnya

CARA PENYEDIAAN:

  1. Tumiskan bawang besar dan bawang putih hingga naik bau. Kemudian masukkan udang dan kacau sehingga berubah warna.
  2. Masukkan pula lobak dan kacau sehingga rata.
  3. Masukkan mihun, tambah garam, serbuk perasa, kicap manis, kicap masin, sos tiram dan lada potong.
  4. Kacau sehingga rata dan semua bahan sebati.
  5. Tambahkan daun bawang dan kacau lagi.
  6. Siap untuk dihidangkan.

SELAMAT MENCUBA!

Kredit: Info Resep

Baca juga: Mak Mertua Wanita Ini Kongsi Resepi Rahsia ‘Mihun Goreng Singapore’ Yang Sedap Dan Menjadi! Habis Licin Satu Kuali

tags: