Sebelum ini, kita hanya biasa makan tauhu begedil sahaja bukan? Apa kata jom cuba buat popia begedil pula. Tak perlu guna tauhu dah, hanya perlu guna kulit popia. Rasanya juga lebih rangup dan sedap! Memang sedap, dicicah pula dengan sambal kicap padu! Jom cuba!
Tak Perlu Guna Tauhu, Guna Kulit Popia Je! Ini Cara Buat Popia Begedil Rangup & Sedap
Bahan-bahan:
-
35-40 keping Pertam kulit popia saiz 5 inci
-
3 biji kentang – goreng & lenyekkan
-
300g isi udang- cincang dan stir fry sekejap sahaja
-
(Boleh guna isi ayam, ketam atau daging)
-
7 biji bawang merah – hiris dan goreng
-
3 ulas bawang putih – hiris dan goreng
-
1 cawan daun bawang dihiris
-
½ cawan daun sup
-
1 biji cili merah-buang biji & hiris halus
-
1 sudu kecil serbuk lada putih
-
1 kiub pati ikan bilis
-
Garam (jika perlu, saya tak letak)
Bahan adunan telur:
Cara-cara:
- Campur semua bahan dalam periuk kecuali tepung jagung, jus limau dan biji bijan.
- Masak hingga kuah dan cili terasa masak dan pekatkan dengan air tepung jagung
- Tutup api, masukkan jus limau dan biji bijan.
- Lipat kulit popia kepada 1/3, bulatkan inti tadi dan letak pada sebelah kiri atas lipatan kulit popia tadi. Lipat ke atas dan gulungkan. Sapu air pada kulit popia supaya mudah untuk dilekatkan.
- Satukan bahan adunan telur, pukul sebati. Celupkan popia yang digulung tadi ke dalam adunan telur dan goreng sehingga warna keemasan menggunakan api sederhana.
Bahan sos kicap:
-
15-30 biji cili padi -goreng & kisar
-
3 ulas bawang putih-goreng dan kisar
-
2 cawan air
-
½ cawan kicap manis
-
1 sudu besar kicap pekat
-
1 sudu besar sos tiram
-
2 sudu besar brown sugar
-
1-2 sudu besar jus limau
-
1 sudu besar tepung jagung
-
Biji bijan telah disangai
Cara-cara:
- Satukan semua bahan.
Kredit: Lin Qurnia