Sambal ayam penyet merupakan antara sambal yang sangat digemari oleh kebanyakan rakyat Malaysia. lebih-lebih lagi bagi penggemar makanan yang pedas. Cara nak menyediakan sambal ayam penyet ini agak mudah. Rasanya memang sama bahkan lebih enak lagi berbanding di restoran ayam penyet. Dalam menghasilkan sambal yang sedap ada bahan rahsianya sebenarnya. Nak tahu tak apa rahsia tu? Anda semua boleh rujuk resepi kat bawah ini.
Ramai Yang Tak Tahu Cara Mudah Buat ‘Sambal Ayam Penyet’ Ni, Bahan Ini Adalah Rahsia Untuk Hasilkan Sambal Yang Sedap!
BAHAN-BAHAN:
- 12 biji cili merah besar
- 20 biji cili api
- 1 biji bawang holland
- 2 biji bawang merah besar
- 3 ulas bawang putih
- 3 biji tomato
Bahan Rahsia (penyedap sambal)
- 1/3 suku cawan asam jawa
- Garam secukup rasa
- Gula (yang coklat. Letak gula sawit)
CARA PENYEDIAAN:
- Goreng semua bahan di atas.
- Kemudian kisar.
- Apabila dah siap kisar, masak sambal tersebut sehingga masak.
- Dah separuh masak tambahkan semua bahan rahsia agar lebih sedap.
- Siap untuk dihidangkan.
SELAMAT MENCUBA!
Kredit: Nur Asma Diyana
Baca juga: Lelaki Ini Dedah ‘Rahsia’ Macam Mana Nak Hasilkan Sambal Lada Yang Tersangat Sedap. Makan Dengan Apa-Apa Pun Sedap!