BAM BAM BISTRO yang berlokasi dikawasan perumahan Jalan Mahsuri Utama, Taman Mahsuri, Pulau Sebang, Alor Gajah, Melaka. Ia merupakan sebuah rumah yang agak besar menjalankan perniagaan pelbagai menu makanan terutamanya makanan western. Perniagaan makanan western di sebuah rumah banglo yang diusahakan seorang anak muda ini telah mencetus fenomena apabila menghidangkan pelbagai menu kepada pengunjung dengan harga yang sangat rendah.
Apa yang menarik lagi, kafe ini sangat menenangkan kerana dikelilingi tumbuhan hijau dan juga perabot kayu yang autentik gitu.
Antara menu yang ditawarkan dengan harga special semurah RM5.00 sepinggan adalah spaghetti carbonara. Kuantiti makanan yang dihidangkan cukup banyak serta amat memuaskan hati pelanggan.
Selain itu, Bam Bam Bistro dengan trademark ‘Bukan Bistro Biasa’ ini turut menyediakan menu lain seperti meatball, sizzling, nasi vaggey, nasi lemak ayam pandan, bolognese, air long chan, dan sebagainya, termasuklah air strawberry vanilla yang ditawarkan dengan hanya serendah RM2.50 sahaja.
Tonton video di bawah untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang tempat ini:
Kredit: Hypp Inspirasi