Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Tempat Makan » Sarapan Pada Harga Serendah 50 Sen Di “Kedai 50 Sen”

Sarapan Pada Harga Serendah 50 Sen Di “Kedai 50 Sen”

Kategori:
Kedai 50 sen

Kedai 50 sen di Melaka, jangan terkejut tatkala kos bahan mentah kian meningkat saban tahun. Namun masih ada lagi peniaga yang mampu menyediakan menu hidangan sarapan kepada pelanggan pada harga serendah 50 sen.

Buktinya, Gerai 50 sen di Jalan Seri Krubong 2, Taman Seri Krubong. Di gerai itu menyediakan pelbagai menu hidangan sarapan pada harga serendah itu sejak lebih 24 tahun lalu. Pada harga semurah itu, pelanggan boleh menikmati hidangan roti canai. Selain mencuba beraneka minuman panas seperti teh tarik, kopi, milo dan lain-lain. Dan ada juga telur separuh masak, telur goreng dan banyak lagi pada harga sama.

Malah, semacam tidak percaya apabila hidangan mi goreng dan nasi lemak yang lengkap dengan hirisan timun segar, sambal tumis dan ikan bilis cuma berharga RM1. Jika pelanggan ingin menambah telur goreng, cuma perlu menambah 50 sen. Kuantiti nasi lemak yang dihidangkan juga cukup banyak dan amat berbaloi.

Sekalipun menawarkan harga yang cukup murah serendah 50 sen sahaja, tetapi makanan dan minuman yang dihidangkan di sini mempunyai rasa sangat sedap serta dapat mengalahkan harga yang ditawarkan itu.

Seawal jam 7 pagi, pengunjung yang rata-ratanya penduduk di taman perumahan itu serta pekerja di sekitar Melaka Tengah, sudah berpusu-pusu ke gerainya yang dibuka empat jam sehari untuk menikmati sarapan.

Kredit: Hypp Inspirasi

tags: | |