Pasti ramai yang selalu beli onion ring di Marrybrown, A&W ataupun di Domino’s. Harganya boleh tahan juga, untuk 6 ke 10 ring, harganya dalam RM4.80 hingga RM6.80. Setiap kali beli, pasti makan tak puas kan? Rupanya boleh buat sendiri dengan cara mudah di rumah, untuk 10 ring kos tak sampai RM1 pun.
Kalau Beli, Makan Tak Puas. Ini Cara Buat ‘Onion Ring’, 10 Ring Tak Sampai RM1 Pun!
Bahan-bahan:
- Bawang holland
- Serbuk roti
- Air secukupnya
- Tepung Bestari Original (Kalau suka pedas, beli yang pedas)
- Minyak untuk menggoreng
Cara-cara:
- Bancuh tepung bestari dengan air.
- Botong bawang bulat-bulat, masukkan ke dalam bancuhan tepung bestari tadi. Pastikan semua bawang disaluti dengan tepung macam dalam gambar.
- Selepas disaluti tepung tadi, salutkan pula dengan serbuk roti sehingga sekata. Masukkan satu-satu supaya salutan lebih sempurna.
- Banyak ini hanya guna sebiji bawang holland sahaja.
- Goreng dalam minyak panas menggunakan api perlahan sehingga garing. Jangan terlalu lama, nanti hangus. Selamat mencuba!
Kredit: Nad Nouyu
Baca juga: Cara Buat Burger Prosperity Homemade Ala Mcd, Lebih Jimat & Rasanya Pun Sedap!