Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Tempat Makan » Bakso Dari Sekecil Bola Ping Pong Hingga Sebesar Bola Tenis di Medan Bakso Peringgit

Bakso Dari Sekecil Bola Ping Pong Hingga Sebesar Bola Tenis di Medan Bakso Peringgit

Kategori:

Terdapat beberapa gerai yang menyediakan hidangan Bakso di Melaka. Antara tempat makan yang mampu menghidangkan hidangan bakso yang sedap adalah di Jalan Bachang Jaya 1, Taman Bachang Jaya, Peringgit, nama kedainya Medan Bakso Peringgit, iaitu yang terletak betul-betul di tepi jalan sebelum General Hospital Melaka dari arah Banda Hilir.

Apa yang menarik sangat dengan kedai bakso ni adalah, di sini terdapat pelbagai pilihan saiz untuk bebola daging mengikut keinginan pelanggan. Pernah tengok bola ping pong dengan tenis, begitulah saiz bebola daging yang dihidangkan di kedai ni. Rata-rata pelanggan amat berpuas hati dengan hidangan bebola daging di sini. Menggunakan rempah-rempah homemade untuk memasak bakso.

Menu Bakso Bola Tennis (lebih besar) yang berharga RM7.50 di sini, disajikan dengan 2 biji bebola daging bersaiz bola tenis dan 2 biji bebola daging bersaiz biasa (bola ping pong). Aroma hidangan bakso yang disajikan di sini juga mempunyai bau aroma yang harum serta dapat memikat hati pelanggan yang berkunjung.

Di samping itu, harga yang ditawarkan juga amat berbaloi dan berpatutan.

Tonton video di bawah ini untuk mengetahui dengan lanjut tetang tempat ini:

Kredit: Hypp Inspirasi

tags: | |