Setiap kali sebut ayam goreng, pasti ayam goreng KFC yang first muncul dalam kepala kan? Kami ada berita gembira buat peminat ayam goreng KFC. KFC mengeluarkan menu baru iaitu Crunchy Tandoori. Jangan lupa baca sehingga habis. Dijamin bakal membuat anda menjilat jari!
Ya betul, KFC telah mengeluarkan menu baru iaitu Crunchy Tandoori dengan 5 rempah pedas India. Sebut je ayam goreng KFC, memang tak dapat nak tolak. Tak pernah muak!
Haa, berbalik pada menu baru tadi. Bayangkan, ayam goreng KFC Hot & Spicy disaluti dengan rasa Tandoori yang berasap! Dijjamin sedap dan lain dari lain. Peminat pedas wajib cuba tau, dijamin bakal memikat hati anda.
Crunchy Tandoori ini dihasilkan dari 5 jenis rempah India yang pedas termasuklah garam masala, halia, jitan, serbuk bawang putih dan cili merah.
Crunchy Tandoori ini boleh didapati dalam set kombo, lengkap bersama Coleslaw, kentang putar dan minuman Pepsi bermula dari RM15.49 sahaja! Selain itu, anda juga boleh dapatkan Box Meal yang dilengkapi dengan Burger Zinger dan kentang goreng bersama 1 ketul ayam Crunchy Tandoori.
Jadi tunggu apa lagi? Jom serbu KFC sekarang untuk menjadi yang terawal nikmati ayam baru KFC ini!