Disangka kicap rupanya sirap. Mihun Goreng dah jadi warna pink. Bukan saja-saja nak buat warna pink tapi apabila si nenek yang berumur 80 tahun lebih memasak, mata pun dah kurang nampak jadi tersalah pilih mana satu kicap mana satu sirap.
Itulah kisah yang dikongsi oleh seorang lelaki yang dikenali dengan nama Shaiful Akmar di laman group MATJHI. Perkongsian itu mendapat perhatian netizen. Rata-rata netizen meninggalkan komen dan mengatakan di Kelantan ada banyak je yang menjual mihun goreng yang berwarna pink sebegitu.
Antara komen netizen yang mencuit hati adalah menceritakan pengalaman mereka di mana nenek mereka pernah tertukar jem dengan asam jawa. Ada juga yang komen mengatakan bahawa inovasi baru, iaitu mihun goreng dah jadi warna pink.
Walaubagaimana pun, sayangilah nenek dan ibu kita. Mungkin usia mereka sudah tua disebabkan oleh itu ada sedikit kesalahan yang di lakukan. Tetapi jangan pernah memarahi mereka, mungkin kita boleh jadikan kejadian tersebut sebagai kenangan untuk kita. Hargailah mereka dan sayangilah mereka selagi mereka masih ada.