Kek Sarang Semut merupakan antara kek yang paling mudah dan sedap. Kek Sarang Semut ini merupakan kek yang berasaskan daripada gula yang dicairkan terlebih dahulu. Gula tersebut dikenali dengan panggilan gula hangus. Setelah itu ia dicampur dengan beberapa bahan lain dan dibakar atau dikukus. Rata-rata individu yang menyediakan kek sarang semut ini menginginkan kek yang sempurna dan menjadi elok sarang semut tu kan? Nak tahu resepi yang menjadi dan sedap? Ini dia resepinya.
Kek Sarang Semut Legend. Bila Nampak Sarang Tu Menjadi Memang Puas Kan? Ini Resepinya Yang Mudah!
BAHAN-BAHAN
Bahan A:
- 2 cawan gula
- 2 cawan air panas
- 6 sudu besar marjerin
Bahan B:
- 2 cawan tepung gandum – ayak
- 4 sudu kecil soda bikarbonat – ayak
- 8 biji telur A
- 2 sudu kecil esen vanilla
- 1 cawan susu pekat manis
CARA PENYEDIAAN:
- Panaskan gula dengan api perlahan hingga menjadi cair dan keperangan. Setelah cair, masukkan air panas perlahan-lahan kerana ia akan merecik. Kacau sehingga gula hancur, baru dimasukkan marjerin. Kacau rata sehingga majerin hancur. Ketepikan. Sementara itu, sediakan pula bahan B.
- Blender telur sehingga kembang selama 1 minit. Masukkan susu pekat dan esen vanilla dan kacau mengguna senduk atau whisk sehingga sebati..
- Masukkan tepung gandum yang telah diayak bersama soda bikarbanat tadi. Kacau seketika dengan whisk hingga sebati sahaja.
- Akhir sekali, masukkan gula hangus yang masih panas tadi dan kacau sebati. Kacau sekejap sahaja.
- Lenser periuk Noxxa dengan majerin. Tapis adunan ke dalam periuk noxxa.
- Set setting pada steam selama 50 minit dan pastikan tombol menghala ke steam. Abaikan jika keluar bunyi, mode steam memang berbunyi sampai habis masa.
- Selepas habis bunyi beep, tekan off dan biarkan 5 minit. Selepas 5 minit, buka tudung keluarkan inner noxxa.
- Sejukkan sekejap dan bila rasa dah boleh pegang inner, boleh keluarkan dengan hati-hati.
SELAMAT MENCUBA!
Kredit: Rozilah Abd Aziz